Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak
03:02 Feb 19, 2020  |  By SabahKini2
Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

Siapa yang memfitnah? Akhirnya didedahkan pemilik syarikat dan LOA ratusan juta kepada syarikat kroni Datuk Peter Anthony termasuk penama syarikat terlibat kes rasuah RISDA Michael Ubu dapat kontrak ratusan juta.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk peter Anthony dilaporkan akan menyaman portal sabahkini2  yang kononnya memfitnah berhubung dakwaan pelantikan empat kontraktor kroni bernilai RM1.5 bilion tanpa tender secara rundingan terus (Direct Award)

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender ]

Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender 

Benarkah Sabahkini2 memfitnah atau Datuk Peter Anthony Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil sedang menyembunyikan skandal RM1.5 bilion itu dari pengetahuan rakyat?

Dalam kenyataannya kepada media ternyata Datuk Peter kelihatan gelabah dengan pendedahan itu. Beliau tidak pernah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Sabahkini2. Beliau hanya mampu menyalahkan kontrak terdahulu kepada syarikat Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd yang dilaporkannya gagal melaksanakan penyelenggaraan Jalanraya Majlis Perbandaran dan Daerah Sabah.

Beliau adalah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang berkuasa jika beliau merasakan syarikat Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd gagal beliau boleh saja mengesyorkan kepada Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan menamatkan kontrak itu sebagaimana mereka lakukan terhadap projek-projek yang lain.

Isu yang dibangkitkan ialah pelantikan kontrak baru dalam tahun 2020 dengan nombor kontrak bermula HQ. 6/2020(S), HQ. 7/2020(S), HQ. 8/2020(S), HQ. 9/2020(S) termasuk kepada Syarikat Kekal Mewah Sdn Bhd yang Datuk Peter kata bermasalah tetapi diberi sambungan kontrak selama 12 bulan bernilai RM 33,173,634.09 nombor kontrak HQ.15/2020 (S) dengan nombor fail 100-44/34 Jld 3. Kenapa sambung?  Rujuk Lampiran

Apa kriteria pelantikan 4 syarikat baru yang dilantik ini? Mengapa tidak dilakukan secara tender terbuka untuk melihat kemampuan syarikat di Sabah?

Ya memang benar kuasa meluluskan projek Rundingan Terus di Sabah diputuskan oleh Shafie Apdal selaku Menteri Kewangan tetapi proses mencadangkan projek dan penilaian teknikal adalah kuasa Menteri Pembangunan Infrastruktur. Tak mungkin Shafie Apdal tidak meluluskan permintaan Datuk Peter Anthony orang kanannya dalam mencari wang?

Malah sama ada Kerajaan Persekutuan atau negeri tertakluk kepada Akta Kontrak Kerajaan 1949, Menteri menandatangi kontrak atau memberi kuasa kepada pegawai awam seperti Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah, jika negeri mungkin Setiausaha Tetap dan juga Pengarah agensi negeri.

 

Misteri 4 syarikat kroni Datuk Peter Anthony sapu RM1.5 bilion

Sabahkini2 akan mendedahkan siapa pemilik syarikat kontrak baru tahun 2020 A.K Setia Bina Sdn Bhd, AK Kontraktor Sdn Bhd, Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd dan Sinaran Mewah Sdn Bhd ini bersekali dengan Surat Tawaran Projek kepada syarikat dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Daripada dokumen-dokumen itu rakyat boleh menilai sendiri betapa hipokritnya kerajaan Pakatan Harapan dan  Warisan ini. Kononnya tiada rasuah, tiada rundingan terus, semua tender terbuka yang telus dan segala bagai lagi penipuan mereka.

1. A.K Setia Bina Sdn Bhd- (RM400,000,000.00)

A.K. Setia Bina Sdn Bhd atau syarikat asalnya Darul Megah (M) Sdn Bhd diperbadankan pada 18 Jan 1989 dengan modal berbayar RM1,235,005 ini adalah syarikat berasal dari Sarawak beralamat Lot 701, Section 66 Jalan Daya Bintawa Kuching Sarawak. Lembaga Pengarah dan pemegang sahamnya juga adalah orang Kuching Sarawak iaitu Hajamat bin Bujang Abdul Halim bin Rijie. Audit kewangan juga menunjukkan syarikat dari Sarawak ini rugi.

Persoalannya bagaimana syarikat dari Sarawak ini dipilih secara rundingan terus? Dalam beribu syarikat di Sabah, sudah tiadakah syarikat dari Sabah yang layak mendapat kontrak RM400 juta? Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil harus menjawab isu ini.

 

Surat Tawaran Kerja  bertarikh 24 Januari 2020 adalah seperti berikut;

Surat kelulusan Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan bertarikh 29 November 2019
dirujuk untuk pengeluaran LOA


Nota Perwakilan/ penurunan kuasa turut dimaklumkan kepada pegawai


 
2. AK Kontraktor Sdn Bhd - (RM325,000,000.00)

AK Kontraktor Sdn Bhd adalah syarikat paling rapat dengan Datuk Peter Anthony. Syarikat yang didaftarkan pada 25 Mei 2001 ini beralamat Rumah Kedai Taman Che Mei Penampang ini mempunyai modal berbayar RM1,000,000 dan lembaga pengarah serta pemegang sahamnya hanya seorang iaitu Safineh bin Doto.  Audit kewangan juga menunjukkan syarikat ini rugi. Bagaimana Peter Anthony dan JKR Sabah memilih syarikat ini yang boleh mendapat kontrak RM325 juta? Jawapannya ada pada Datuk Peter Anthony.

Tentu anda masih ingat kes pencurian wang RISDA RM 15.5 juta berhubung pembelian tanah ladang Tongod RM155 juta melibatkan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan juga peguamnya yang hilang Michael P Ubu. Peter direman SPRM dan Michael P Ubu hilang diburu SPRM. Sabahkini2 pernah mendedahkan  “The Money Trail” wang RM 15.5 juta itu yang telah disalur kepada Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014.  Penyaluran dana itu menggunakan Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd milik Peter Anthony atas nama pekerjanya Safineh bin Doto  didaftar di PEJABAT GUAMAN FIRMA MICHAEL UBU & CO.

[BACA ARTIKEL - Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA! ]

Menjadi persoalan ketika itu ialah bagaimana syarikat yang dibayar oleh Michael Ubu didaftarkan di pejabat peguam sendiri? Jika tidak bukan arahan Datuk Peter.

Semakan di SSM juga menunjukkan syarikat milik Peter itu didaftarkan pada 8 Ogos 2012 di alamat Lot No.2012 (R), 2ND Floor Beverly Hills Plaza Jalan Bundusan Penampang Kota Kinabalu. Dua Pengarahnya adalah Safineh Dato dari Kelatuan Papar (tempat asal Peter Anthony dan staf Peter) dan Ebby Roy Raimon. Tiada laporan pernah dihantar kepada SSM.

 

Netizen boleh mencabar Lathefa KP SPRM agar mendedahkan kes rasuah RISDA atas nama Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd ini. Ia fakta dari fail SPRM.

Kini lebih mengejutkan bagi Projek Penyelenggaraan Jalanraya-Jalanraya Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah di Kawasan Timur Sabah kepada Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd adalah atas nama individu yang sama  iaitu Safineh bin Dato.

Apakah ia kebetulan pemilik nama syarikat Budiman Juta Sdn Bhd di pejabat Michael Ubu yang sama dengan pemilik nama AK Kontraktor Sdn Bhd mendapat projek RM325 juta? Adalah jelas AK Kontraktor Sdn Bhd kerana Safineh bin Dato orang kanannya. Bagaimana Datuk Peter boleh menafikan fakta kes ini? 

 


Apakah dengan pendedahan Surat Tawaran projek kepada AK Kontraktor Sdn Bhd milik pekerja Datuk Peter Anthony maka laporan Sabahkini2 memfitnah?


SAFINEH DATO Pengarah AK Kontraktor Sdn Bhd 'budak' Peter Anthony
tandatangan projek bernilai RM325juta!


 3. Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd - RM500,000,000.00

Syarikat yang didaftarkan 3 Jun 2009 ini diberi kontrak RM 500 juta selama 5 tahun. Beralamat di Luyang Kota Kinabalu. Audit akaun menunjukkan syarikat ini rugi. Seorang pengarahnya Mohd Sari Parman adalah sekampung dengan Datuk Peter Anthony dan Safineh Dato di Kg Kelatuan Papar. Dilaporkan sebagai proksi Datuk Peter Anthony.

Persoalannya bagaimana syarikat yang rugi ini boleh diberi projek bernilai RM500 juta!. Apa kriteria JKR dan kementerian?

4. Sinaran Mewah Sdn Bhd - RM 325,000,000.00

Satu lagi syarikat yang baru didaftarkan pada 11 Mac 2019 beralamat Lintas Plaza tetapi mendapat projek RM325 juta!. Mengguna nama Sinaran Mewah untuk mengaburi kononnya syarikat ini milik Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd tetapi tiada kaitan. Ia mungkin strategi untuk terus menyalahkan Pembinaan Kekal Mewah. Laporan Audit kewangan tahun 2019 pun tiada lagi. Bagaimana syarikat yang baru daftar, dilapor hanya pembekal lampu boleh mendapat projek ratusan juta. Kuasa siapa tentulah arahan Peter Anthony!


Dua syarikat ini Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd dan Sinaran Mewah Sdn Bhd tidak dilampirkan LOA kerana lebih kurang sama dengan A.K Setia Bina Sdn Bhd dan AK Kontraktor Sdn Bhd.

Bayangkan kontrak RM1.5bilion diberi kepada  semua syarikat yang rugi, kewangan tidak kukuh tetapi melaksanakan projek RM325 juta hingga RM500 juta. Terbukti campur tangan Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony syarikat-syarikat ini dipilih. Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil pula hanya menurut perintah dan terpaksa bersekongkol dengan Menteri. Kertas projek mereka disusun di JKR dan dihantar ke Kementerian Kewangan Sabah untuk diluluskan oleh Shafie Apdal selaku Menteri Kewangan. Mana mungkin pegawai tidak tahu kriteria pemilihan syarikat yang layak bagi projek ratusan juta. 

'Jangan jolok sarang tebuan'

25 Comments