Lulus operasi kilang arak tanpa kelulusan menteri, KSU KPDNHEP dipindahkan ke SSM?
10:04 Apr 06, 2020  |  By SabahKini2
Lulus operasi kilang arak tanpa kelulusan menteri, KSU KPDNHEP dipindahkan ke SSM?

Desas-desus hubungan dingin KSU dengan Menteri KPDNHEP sampai ke kemuncaknya. Surat kelulusan operasi kilang Heineken Malaysia dan Carlsberg akhirnya memindahkan KSU sebagai Pengerusi SSM!

KUALA LUMPUR: Dua  surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg untuk beroperasi ketika PKP tular di media sosial.

Surat bertarikh 31 Mac dan 4 April ditandatangani oleh Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Ahmad Ketua Setiausaha KPDNHEP.

"Berhubung permohonan tuan/puan pada 24 Mac 2020, setelah meneliti dan menyemak yang dikemukakan kementerian mendapati permohonan tuan/puan memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.

"Sehubungan itu, kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan/puan boleh dibuka bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP.

Menurut sumber Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan surat itu tanpa kelulusan menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Pelbagai pihak membantah kebenaran operasi syarikat arak itu kerana bukan fokus utama ketika menghadapi Covid-19.

 

Batal kelulusan operasi PKP

Mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi dua kilang arak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami telah buat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu adalah terbatal atau dibatalkan,” Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya , hari ini.

Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti ) akan mengeluarkan surat pembatalan serta-merta.

 

KSU sabotaj Menteri KPNHEP dipindahkan ke SSM

Kurang dua bulan berkhidmat sebagai KSU KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad telah dipindahkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2022, kata SSM dalam satu kenyataan hari ini.

Pemindahan Hasnol Zam Zam ke SSM mencatatkan rekod sebagai KSU terpendek berkhidmat dalam kementerian.

Desas-desus mendedahkan hubungan dingin Hasnol Zam Zam dengan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi

Inilah akibat jika KSU memandai dan menunjuk kuasa dalam kementerian.

12 Comments