Ronald Kiandee dilantik Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah
22:04 Apr 15, 2020  |  By SabahKini2
Ronald Kiandee dilantik Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah

Akhirnya PM bersetuju pembentukan JPPS yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini bermakna semua projek Kerajaan Persekutuan akan disalurkan kepada JPPS

KOTA KINABALU: Awal Mac lalu Kerajaan Persekutuan digesa mewujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) berikutan Kerajaan Negeri Sabah kini berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, JPPS pernah diwujudkan di Sabah semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah sebagai pembangkang.

"BERSATU Sabah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan segera mewujudkan JPPS bagi menjayakan segala program dan projek pembangunan yang disalurkan Pusat kepada Negeri Sabah.

BERSATU syor wujud semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah

Pemimpin UMNO, PPBM dan parti lain berbeza pendapat mengenai penubuhan semula JPPS namun ramai juga yang bersetuju penubuhan JPPS adalah wajar kerana menjadi amalan biasa peruntukan pembangunan Kerajaan Pusat tidak akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri dari parti pembangkang.

Hari ini menurut sumber Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) yang baharu. Ini bermakna Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah tidak lagi mempunyai kuasa penuh terhadap peruntukan projek Kerajaan Persekutuan.

Dengan tertubuhnya JPPS kerajaan Pusat dapat membantu membangun dan memajukan Sabah khususnya kawasan luar bandar yang masih ketinggalan menerusi peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada JPPS.

Sehingga ke hari ini Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan sekutunya UPKO dan PH Sabah kekal menyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di blok pembangkang dan tidak kepada Perikatan Nasional (PN) yang menjadi Kerajaan Persekutuan.

Ketika berhadapan krisis COVID-19 didapati Kerajaan Warisan menghadapi pelbagai isu menunaikan peruntukan Pakej Rangsangan COVID-19 Sabah  termasuk ketirisan pemberian bantuan yang sebelum ini kecoh di negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Netizen kecam: Barangan bantuan makanan rakyat susah RM100, Pegawai UPPM 'Pau' RM40? ]

Kerajaan Warisan juga menganaktirikan peruntukan kawasan-kawasan pembangkang di Sabah. Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah pula terus berleluasa mengutamakan projek kroni.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor! ]

Oleh itu kewujudan semula JPPS akan membuka mata kepada Kerajaan Warisan agar tidak bersikap sombong kepada rakyat dan kerajaan pusat.

54 Comments