Siasat Pengarah JIM dakwaan herdik petugas KKM – CUEPACS
04:04 Apr 22, 2020  |  By SabahKini2
Siasat Pengarah JIM dakwaan herdik petugas KKM  – CUEPACS

CUEPACS menggesa supaya JIM menyiasat insiden tersebut dengan telus bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa jabatan imigresen menyiasat insiden petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diherdik oleh pegawai kanan Imigresen Sabah baru-baru ini.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa oleh sebuah portal, Sabahkini2.com, pihaknya melahirkan rasa kekesalan kerana tindakan tersebut tidak patut dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan apatah lagi ianya datang daripada seorang pegawai kanan berpangkat pengarah.

“CUEPACS menggesa supaya JIM menyiasat insiden tersebut dengan telus bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang. Tindakan sewajarnya daripada hasil siasatan tersebut juga perlu diambil bagi memastikan kepercayaan penjawat awam dan rakyat tidak terhakis dengan insiden berkenaan.

“CUEPACS percaya insiden seperti ini memang terjadi dalam persekitaran kerja penjawat awam. Bagamanapun ianya mungkin tidak dilaporkan kerana bimbang tindakan tersebut tidak mendapat pembelaan sewajarnya hingga yang akan dipersalahkan adalah si pengadu itu sendiri. Justeru itu, siasatan yang telus dan disusuli dengan tindakan perlu dibuat bagi memastikan insiden ini tidak berulang ada masa akan datang,”

“ Sebagai seorang penjawat awam yang sudah berikrar untuk berkhidmat demi negara, setiap penjawat awam seharusnya mengamalkan sikap saling hormat menghormati sesama sendiri walaupun berbeza jabatan atau pun pangkat” ujarnya lagi. Katanya dalam satu kenyataan

Dalam keadaan negara berhadapan Covid-19, semua pihak perlu bergandingan dan bekerjasama bagi memastikan kejayaan negara menyekar penularan wabak berkenaan, katanya

“Sebagai seorang penjawat awam yang sudah berikrar untuk berkhidmat demi negara, setiap penjawat awam seharusnya mengamalkan sikap saling hormat menghormati sesama sendiri walaupun berbeza jabatan atau pun pangkat” ujarnya lagi.

Cuepacs berharap semua penjawat awam kekal fokus dalam melaksanakan tugas masing-masing. dalam keadaan negara berhadapan covid-19, semua pihak perlu bergandingan dan bekerjasama bagi memastikan kejayaan negara menyekar penularan wabak ini tegasnya lagi

Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Khairul Dzaimee Daud mengesahkan kejadian insiden Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 16 April lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Herdik Petugas KKM, Ketua Pengarah Imigresen mohon maaf sikap Pengarah JIM Sabah ]

Herdik Petugas KKM, Ketua Pengarah Imigresen mohon maaf sikap Pengarah JIM Sabah

Ketua Pengarah menjelaskan tindakan telah diambil berhubung insiden tersebut. Beliau juga telah menghantar e-mel kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang terlibat untuk menyiasat aduan yang dikemukakan serta meminta maaf atas insiden yang mungkin berpunca dari salah faham.

"Surat penjelasan daripada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah juga telah dihantar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Sabah pada 16 April 2020," katanya.

Khairul Dzaimee turut menyatakan, Jabatan Imigresen Malaysia amat menghormati dan menghargai komitmen serta pengorbanan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan dalam menangani COVID-19.

1 Comment