Bekas Ketua Menteri minta penjelasan RISDA pengakuan Michael Ubu bayar RM18 juta!
16:06 Jun 07, 2020  |  By SabahKini2
Bekas Ketua Menteri minta penjelasan RISDA pengakuan Michael Ubu bayar RM18 juta!

Selepas hilang 2 tahun lari ke luar negara. Michael kembali ke Sabah diam-diam tiba-tiba membuat pengakuan membayar RM18 juta wang RISDA melalui 'kawtim' kes. PDRM dan SPRM sejak 2018 memburu Michael Ubu..

KOTA KINABALU: Kepulangan Michael Ubu secara diam-diam ke Sabah 29 April lalu sebagaimana didedahkan oleh Sabahkini2 mencetuskan kontroversi baru termasuk pengakuan peguam Michael bahawa keluarganya telah memulangkan RM18 juta wang yang dilarikan sejak 2 tahun lalu kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan? ]

Semakan Sabahkini2 dari sumber tidak ada penyelesaian pembayaran RM18 juta itu. Malahan SPRM tidak pernah dimaklumkan mengenainya. Kali terakhir RISDA mendedahkan kepada media kes jual beli tanah itu ialah pada 3 Mac 2016 mengenai pecah amanah RM15 juta.


Datuk Zahidi pun dah jadi Timbalan Menteri KKMM sekarang. Beliau melaporkan kes itu kepada PDRM. Malah kepada SPRM

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) digesa menjelaskan kekaburan berkait laporan polis pecah amanah jenayah terhadap firma guaman Michael Ubu & co pembelian tanah RISDA yang menjadi isu sejak 2014.

Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata dakwaan bahawa wang terbabit telah dikembalikan kepada RISDA dan peguam itu tidak melarikan diri sangat meragukan.

Memetik beberapa laporan media, Yong berkata, peguam yang mewakili keluarga Michael Persius Ubu mendakwa bahawa sebanyak RM18 juta telah dikembalikan kepada Risda daripada urus niaga itu.

“Keluarga berkenaan juga menafikan Ubu menghilangkan diri, sebaliknya beliau berada di rumahnya,” kata Yong.

Jumaat lalu peguam anak-anak beliau, melalui peguam Benjamin Chin, menolak dakwaan Sabahkini2 bahawa ayah mereka melarikan, ditangkap SPRM dan mengesahkan berada di rumah.

Untuk rekod selepas notis SPRM dikeluarkan 3 Januari 2018 hanya Datuk Peter Anthony berjaya direman SPRM manakala Michael Ubu menghilangkan diri selama 2 tahun sehinggalah didakwa muncul kembali ke Sabah pada 29 April lalu menggunakan orang dalam imigresen.

Yong berkata, kenyataan Chin itu mendedahkan beberapa perkara yang menjadi rahsia sebelum ini.

Katanya, ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada, tetapi sebaliknya menimbulkan lebih banyak persoalan dan kontroversi.

Beliau berkata, antara persoalannya ialah bagaimana Ubu mendapat wang RM18 juta, siapakah yang membayarnya dan bilakah ia dibuat kepada RISDA?

Sekiranya wang itu dikembalikan baru-baru ini, maka Risda adalah tertakluk kepada siasatan audit, sementara para pegawainya perlu menjelaskan ke manakah wang itu disalurkan, kata Yong.

SPRM sebelum ini telah memohon kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk membuat pendakwaan kes rasuah pecah amanah Datuk Peter Anthony dan Michael P Ubu ini namun ditangguhkan oleh Peguam Negara sebelum PRU ke 14 atas sebab-sebab tertentu.

RISDA perlu memberi penjelasan benarkah pengakuan Michael P Ubu itu?

 

2 Comments