Kes rasuah mahkamah tiada keperluan Peter Anthony cuti, letak jawatan kata Shafie
06:06 Jun 21, 2020  |  By SabahKini2
Kes rasuah mahkamah tiada keperluan Peter Anthony cuti, letak jawatan kata Shafie

Sekalipun sudah 6 pertuduhan Peter di mahkamah 'curi' duit RISDA dan termasuk kes tipu tuntutan palsu UMS RM43 juta, Shafie Apdal bertegas Peter tidak perlu bercuti atau letak jawatan sebagai Menteri Sabah

KOTA KINABALU:  Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata tidak ada keperluan untuk beliau meminta Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony mengambil cuti, walaupun naib presiden Warisan itu sedang berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah.

Peter yang juga ADUN Melalap menghadapi lima pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram bernilai RM8.75 juta dan satu lagi pertuduhan bersubahat kes pecah amanah melibatkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15,545,400. 

“Tidak perlu untuk beliau letak jawatan,  bukan amalan di negara ini sekiranya timbul sesuatu isu atau kes yang dituduh di mahkamah,” katanya

Pemimpin Pakatan Harapan Warisan sebelum ini sering menggesa pemimpin BN atau Perikatan Nasional jika terlibat dikaitkan dengan kes mahkamah perlu bercuti atau meletak jawatan.

Namun kali ini sekalipun kes Datuk Peter Anthony dan Michael P Ubu masing-masing dituduh 6 dan 3 pertuduhan  kes AMLA serta pecah amanah Shafie Apdal terus mempertahankan Datuk Peter Anthony.

Terbaru pada isnin (22 Jun) dijangka satu pertuduhan baru kes tuntutan palsu RM43 juta UMS bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana didakwa “menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen asal”. SPRM tahun 2017 pernah memanggil Shafie dan Peter Anthony berhubung kes ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi ]

 Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi

 

18 Comments