Kes Rasuah Shafie RM1.5B: Menteri JPM, AG, SPRM perlu buka kes dan dakwa Shafie!
10:06 Jun 29, 2020  |  By SabahKini2
Kes Rasuah Shafie RM1.5B: Menteri JPM, AG, SPRM perlu buka kes dan dakwa Shafie!

Dulu hanya dalam Dewan Negara VK Liew, AG dan KP SPRM Shukri Abdull bersekongkol bebaskan Shafie. Institusi dimalukan. Kini tiba masa Menteri JPM, AG dan KP SPRM buka kes dan dakwa Shafie Apdal di mahkamah

27 Jun lalu Najib Razak dalam facebooknya mempersoalkan apa jadi kes rasuah RM1.5 bilion  Shafie Apdal? Kes itu diumumkan oleh Datuk VK Liew Menteri Undang-undang (Parti Warisan) di Dewan Negara bahawa kes Shafie Apdal diklasifikasikan sebagai sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS).

“Dia masuk kerja sebagai peguam negara bulan Jun 2018 dan pada bulan itu juga dia telah putuskan bukti tak cukup (bukan tak ada bukti)


Sepatutnya, seorang pendakwa raya perlu kembalikan kertas siasatan ke pihak siasatan (SPRM) untuk cari bukti yang dia rasa masih tak cukup - bukan terus putuskan kes tak boleh dakwa” kata Najib

Konspirasi memalukan

Sabahkini2 pada 28 Ogos 2018 melaporkan penutupan kes rasuah ketika itu adalah konspirasi yang sangat memalukan daripada Peguam Negara Tommy Thomas, Menteri Undang-undang Warisan VK Liew dan SPRM legasi Dato’ Sri Shukri Abdull.

[BACA ARTIKEL - Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM ]

Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM3 individu ini bersekongkol. SPRM wajar siasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas Mohd Shafie pada 21 April 2017 menyebabkan adik-adiknya (Yusof dan Hamid), Datuk Peter Anthony (Menteri Sabah), Azis Jamman (dulu Timbalan Menteri KDN), Amarjit Sing (Dulu Pengarah Air Kini EPU MOF Sabah), Jamawi Jaafar, Arifin, Sinkung Construction dan beberapa lagi ditahan reman SPRM termasuk bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW.

Yusof Apdal, Hamid Apdal, Manzur (Menantu Hamid), Azis Jamman (Anak saudara Shafie) turut direman SPRM

Tindakan Tommy Thomas Peguam Negara menjadikan siasatan SPRM sebagai sampah itu sudah dijangka memandangkan kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan pun didalangi DAP. Legasi tindakan PH sangat meragukan.

[ARTIKEL BERKAITAN PEGUAM NEGARA: Tommy Thomas bukan saja Peguam Chin Peng tapi Peguam Lim Guan Eng kes rasuah banglo murah!]

[ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara tidak campurtangan kes rasuah Lim Guan Eng 'Bullshit'! ]


Menteri Undang-undang JPM, Peguam Negara dan SPRM perlu bersihkan nama buka kes rasuah Shafie semula

Memandangkan Tommy Thomas, VK Liew dan Dato’ Sri Shukri Abdul menutup kes rasuah Shafie sebagai satu konspirasi adalah wajar SPRM dibawah Dato’ Seri Azam Baki membuka semula kes ini

Dato’ Seri Azam Baki SPRM dan Tan Sri Idrus Harun Peguam Negara perlu membersihkan nama jabatan mereka dari konspirasi ini. Jika perlu Tommy Thomas dan VK Liew juga wajar disiasat SPRM memandangkan banyak salah laku mereka ketika menjadi Menteri Undang-undang dan Peguam Negara.

Disarankan Menteri Undang-undang Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS-PN) memulakan arahan membuka siasatan dan jika boleh mengumumkannya semula didalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara siasatan kes dibuka semula. Ia memulakan persepsi kes dibuka sebagai mana VK Liew mengumumkan kes ditutup.

Jika dulu Menteri Undang-undang Warisan VK Liew adalah budak Shafie Apdal untuk menyelamatkan Shafie, Takiyuddin Hassan harus bermula meranapkan keputusan VK Liew itu.

Bagaimana kes penyelewengan RM1.5bilion tiada bukti?

Tertangkapnya adik Shafie Apdal, Yusof dan Hamid jelas bersalahan dengan Seksyen 23 SPRM salah guna kuasa apabila pengakuan Adik Shafie menerima wang dari Taikun Sabah seperti Sinkung Contruction. Buat pendakwaan dahulu di mahkamah seperti kes Datuk Peter Anthony biar mahkamah tentukan Shafie Apdal bersalah atau tidak.

Bagaimana Datuk Peter Anthony boleh didakwa bersama Michael Ubu misalnya sedangkan arahan dibuat oleh Shafie Apdal selaku Menteri KKLW ketika itu.

Tidak mendakwa Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW

Dato’ Azam Baki harus harus membuka kes ini kerana ketika dizaman Dato’ Shukri Abdull beliau akur arahan VK Liew tidak mahu mendakwa Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW. Ia keputusan yang sangat memusykilkan. Jika Norhartaty Rahmat perlu dijadikan saksi utama maka Shafie Apdal perlu didakwa dahulu.

Penahanan bekas Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54 dengan membeku akaun miliknya RM29 juta juga adalah jelas ada berlaku rasuah. Paling tidak Sinkung, Hartaty akan didakwa jika tidak memberi kerjsama.

[ARTIKEL BERKAITAN: PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal? ]

‘Money Trail’ yang didedah oleh SPRM kepada The Star pada Oktober 2017 jelas menunjukkan adanya unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh Shafie Apdal kerana memberi projek kepada adik atau sekutunya. Dari 23 syarikat 14 dikenal pasti membuat pengakuan memberi wang rasuah kepada Shafie dan adiknya. Shafie kemudianya menyaman The Star agar menarik balik laporannya. Turut mendedahkan laporan SPRM itu ialah portal The MalaysianInsight. 

[ARTIKEL BERKAITAN:  14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti ]


Kes RISDA Peter dan Michael P Ubu kini didakwa

Hari ini kes curi RM 15.5 juta dana RISDA telah menyebabkan Peter Anthony dan Michael Ubu didakwa di mahkamah. Langkah Azam Baki KP SPRM ini sangat tepat dan wajar dipuji namun masih tempang kerana majikan mereka Shafie Apdal masih belum didakwa.

[BACA kes Peter - Peter Goyang! Terbukti syarikat milik Peter, Michael Ubu bersubahat curi wang rakyat RISDA ]

Turut didakwa kes Datuk Peter menipu dokumen palsu RM43 juta UMS. Kes itu juga mempunyai bukti tandatangan Shafie Apdal menyokong surat Asli Jati Engineering milik Peter Anthony. Kes ini akan didakwa bulan julai ini selepas Peter menggunakan alasan penyakit vertigo tidak hadir mahkamah.

Oleh itu jika dua kes Peter Anthony boleh dibuka dan kini didakwa mengapa tidak kes penyelewengan dana RM 1.5 bilion Shafie Apdal?

Jadi kita menyeru Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan KP SPRM membuka kes Shafie ini sekarang. Jangan tunggu lagi. Rakyat Malaysia mahu melihat biar biar mahkamah tentukan Shafie Apdal bersalah atau tidak bukan pengumuman Dewan Rakyat atau Peguam Negara. 

Sesekali sekala negara perlu juga melihat bagaimana bakal PM9 PH Plus berhadapan kes mahkamah.

19 Comments