Kes Terowong: Jeffrey Chew DAP ditahan SPRM, kini Lim Guan Eng bakal ditahan?
10:07 Jul 01, 2020  |  By SabahKini2
Kes Terowong: Jeffrey Chew DAP ditahan SPRM, kini Lim Guan Eng bakal ditahan?

Jeffrey Chew bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng dan juga Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang ditahan SPRM kerana kes Terowong bawah laut. Zarul sebelum ini mengaku beri wang rasuah kepada Guan Eng dan serang wang kepada Jeffrey Chew..

Semalam Jeffrey Chew bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan berkaitan projek pembinaan terowong dalam laut yang kontroversi sejak tahun 2017.

Jeffrey Chew ditahan sewaktu memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek bernilai RM6.3 bilion itu.

Ini menunjukkan tanda-tanda SPRM sudah mula membuka siasatan kes terowong bawah laut itu. Sebelum ini di zaman PH bagi mengaburi rakyat pada 3 April 2019 ahli perniagaan Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram didakwa di mahkamah kerana menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Februari 2018, Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram yang berusia 38 tahun itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berkenaan daripada syarikat Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dato’ Sri Gnanaraja didakwa terima rasuah RM19 juta projek terowong dasar laut ]

Dato’ Sri Gnanaraja  didakwa terima rasuah RM19 juta  projek terowong dasar laut Di zaman PH Lim Guan Eng dan Zarul selamat

Menurut sumber, SPRM akan memohon perintah tahanan reman dan menjangkakan lebih ramai lagi akan disiasat.

“Ramai lagi saksi akan dipanggil terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Menurut sumber, antara yang menjadi perhatian adalah bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.

Selain itu, beberapa saksi sudah dipanggil termasuk anggota exco Pulau Pinang, pegawai pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

SPRM juga dipercayai sedang memeriksa kediaman Chew di Batu Ferringhi.

SPRM dalam satu kenyataan 4 Mac 2019 SPRM mengesahkan membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Dalam kenyataan itu, SPRM memaklumkan, kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018.

“Sebanyak lima kertas siasatan sudah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Tiga kertas siasatan sudah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya.

“Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM,” kata agensi itu dalam kenyataan 4 Mac tahun lalu.

Dokumen kes rasuah turut dibangkitkan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, dalam siri artikel tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Dokumen SPRM bocor, Raja Petra berbohong? Lihat fakta kes buktikan Lim Guan Eng dan Exco ambil rasuah ]

Dokumen SPRM bocor, Raja Petra berbohong? Lihat fakta kes buktikan Lim Guan Eng dan Exco ambil rasuah

Dakwanya, kertas siasatan SPRM menunjukkan menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, dan empat exco kerajaan Pulau Pinang terbabit rasuah berhubung projek tersebut.

 

Serah wang kepada Jefry Chew ..

 

Lim Guan Eng sepatutnya sejak dulu dah dipanggil SPRM. 

8 Comments