Ketua Pemuda UMNO Sabah gesa SPRM siasat salahguna kuasa kes Christina RM557 juta
23:07 Jul 05, 2020  |  By SabahKini2
Ketua Pemuda UMNO Sabah gesa SPRM siasat salahguna kuasa kes Christina RM557 juta

Sebelum ini SPRM sudah mengesahkan siasatan kes tanah Bagahak. Namun kenyataan Shafie memulangkan tanah mempunyai motif untuk menyelamatkan Christina Liew TKM Sabah dari saman RM557 juta.

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain menggesa agensi pencegahan rasuah supaya meneliti keputusan Ketua Menteri Shafie Apdal untuk menyerahkan 6,800 hektar tanah yang sedang dimajukan kepada komuniti pekebun kecil di Bagahak, Lahad Datu.

Motif lebih besar ialah Ketua Menteri sedang “menyelamatkan” timbalannya, Christina Liew, yang diperintahkan oleh mahkamah, bersama-sama 2 yang lain, supaya membayar ganti rugi sebanyak RM577 juta.

“Ia kini menjadi isu yang kompleks dan rumit selepas Shafie bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada peneroka terbabit dan memberikan pampasan dalam bentuk tanah ganti kepada Borneo Samudera, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Sawit Kinabalu.

“Secara peribadi saya tidak menentang Shafie dalam hal ini, tetapi saya mempersoalkan motif di sebaliknya. Apakah Shafie mahu menyelamatkan kerjaya politik Liew?”, katanya dalam satu kenyataa.

Terdahulu hari ini, bekas perdana menteri Najib Razak turut mempersoalkan urus niaga itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Batal kes RM557 juta bukti salah guna kuasa Christina Liew, SPRM wajar siasat kata Najib ]

Aziz juga mempersoalkan sama ada tanah ganti seluas 18,000 hektar kepada Borneo Samudera merupakan dorongan kepada syarikat milik kerajaan negeri itu supaya menarik balik samannya terhadap Liew di bawah apa yang dinamakan “formula menang-menang”.

Beliau mendakwa kerajaan Sabah yang diketuai oleh Warisan cuba menyelamatkan Liew daripada pendakwaan beberapa kali sebelum ini tetapi gagal.

Aziz percaya syarikat negeri itu akan menarik balik samannya terhadap Liew apabila mahkamah menimbangkan rayuan beliau.

Katanya, langkah Shafie itu tidak masuk akal kerana syarikat tersebut menyumbang kepada hasil kerajaan negeri dan kini berkemungkinan terpaksa mengalami kerugian.

Liew dan 2 yang lain didapati bersalah pada 2014 kerana secara salah mempengaruhi sekumpulan pekebun kecil supaya melanggar perjanjian usaha sama mereka dengan Borneo Samudera.

Dua individu tersebut ialah Samsuri Baharuddin, peguam bagi sekumpulan 819 pekebun kecil di skim pekebun kecil Bagahak dan Siti Rahfizah Mihaldin, bekas kerani Liew.

Mahkamah Tinggi menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM557 juta kepada Borneo Samudera selepas mendapati wujudnya bukti dari sudut undang-undang berlakunya dorongan supaya melanggar kontrak.

Pada 17 Februari tahun ini, mahkamah menolak permohonan Liew untuk memasukkan keterangan baru dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Liew, yang merupakan peguam PKR ketika itu membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.


Kenyataan Penuh Ketua Pemuda UMNO Sabah


𝗖𝗛𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗡𝗔 𝗟𝗜𝗘𝗪 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 = 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧?

1. Menjadi satu persoalan yang kompleks dan rumit untuk dijawab, sekurang-kurangnya untuk YAB Ketua Menteri DSP Shafie Apdal, apabila secara tiba-tiba beliau telah mengumumkan pemberian tanah seluas 6800ha kepada pekebun-pekebun kecil Bagahak Lahad Datu dan pada masa yang sama menganugerahkan tanah seluas 18000ha kepada Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) sebagai timbal ganti.

https://www.borneotoday.net/shafie-umum-tanah-ladang-bagahak-dikembalikan-kepada-rakyat/

2. Secara peribadi, saya tidak mempunyai halangan untuk kerajaan negeri mengembalikan tanah kepada pekebun-pekebun kecil Bagahak malah saya menyeru kerajaan negeri untuk membantu mereka dari segi bantuan-bantuan pertanian termasuklah subsidi dan geran. Namun yang menjadi persoalan rakyat yang banyak ialah niat di sebalik pemberian tersebut. Apakah ianya adalah satu cara untuk menyelamatkan karier politik YB Christina Liew yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri?

3. Persoalan pertama, apakah dengan proposisi perniagaan tersebut iaitu penganugerahan tanah seluas 18000ha kepada BSSB satu sebagai 'gula-gula' yang sukar dilepaskan sebagai imbuhan untuk menarik balik saman BSSB terhadap Christina atas dasar menang-menang?

4. Motif dan strateginya semakin jelas, iaitu Christina selamat, kerajaan Warisan pun selamat?

5. Saya kongsikan sedikit kronologi yang berlaku sebelum penganugerahan tanah kepada BSSB agar kita dapat menggarap intipati 'gula-gula' tersebut.

6. Pada 30 September 2014, Hakim Mahkamah TInggi Yang Arif Chew Soo Ho telah mengarahkan Christina membayar gantirugi kepada BSSB sebanyak RM557,641,716.29 kerana dengan sengaja menipu dan mempengaruhi 819 pekebun-pekebun kecil Bagahak untuk melanggar perjanjian usahasama dengan BSSB.

 http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=92625

7. Selepas Warisan berjaya mengambilalih kerajaan negeri, berlaku percubaan demi percubaan oleh pihak-pihak tertentu melalui syarikat milik kerajaan negeri untuk menyelamatkan Christina dengan cara penyelesaian di luar mahkamah.

 https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/23/court-grants-interim-injunction-barring-settlement-in-bagahak-land-case

Percubaan itu tidak pernah terhenti malah pernah cuba dilakukan sekali lagi pada Mei tahun ini namun pihak tersebut gagal mendapat persetujuan beberapa pekebun kecil tersebut.

 http://www.dailyexpress.com.my/news/153453/smallholders-protest-against-political-interference-in-case/

https://m.malaysiakini.com/news/511297

http://www.dailyexpress.com.my/news/147462/saman-rm557j-rayuan-liew-seorang-lagi-kemuka-bukti-baharu-ditolak/

9. Persoalan kedua, kes yang sepatutnya didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 16 Jun yang lalu ditangguhkan pula dengan persetujuan BSSB, iaitu syarikat yang memulakan saman gantirugi. Apakah mereka tidak lagi mahu tuntut ganti rugi dan mahu buang masa rakyat Sabah yang mengikuti kes ini sejak tahun 2014 lagi? Persoalan ini tidak sukar untuk dijawab kalau kita mengamati proposisi yang ditawarkan oleh Ketua Menteri kepada BSSB baru-baru ini. Satu cara kreatif yang berbeza tetapi masih dengan motif yang sama. CHRISTINA SELAMAT, WARISAN SELAMAT.

10. Persoalan yang ketiga, Something that i can not brain ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal adalah Pengerusi kepada anak syarikat kerajaan negeri Sawit Kinabalu ketika ini iaitu pemilik kepada BSSB. Mengapa beliau selaku Pengerusi syarikat tersebut tidak sahaja meneruskan tuntutan saman gantirugi tersebut? Dengan nilai yang sebesar RM557 juta pastinya dapat membantu prestasi kewangan Sawit Kinabalu yang terjejas dengan pandemik Covid-19 saat ini. Kalaupun Christina tidak mampu membayarnya, negeri ini negeri hukum, kita wajib patuhi rule of law walau siapapun dia termasuklah Timbalan Ketua Menteri YB Christina Liew.

11. Jika betullah perkara ini adalah satu bentuk "bail-out" untuk menyelamatkan Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew dengan cara 'gula-gula' sebagai balasan untuk menyelamatkan rakan politik, maka ini merupakan satu skandal besar yang berlaku secara terang-terangan melibatkan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri. Kerajaan Negeri harus menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah. SPRM haruslah bertindak dan tegakkan hukum dengan segera tanpa tangguh-tangguh.

Ir Abdul Aziz Julkarnain
05.07.2020

1 Comment