Guan Eng didakwa kes terowong, Isterinya Betty, Phang Li Koon Pengarah Excel Property pula kes AMLA
03:08 Aug 08, 2020  |  By SabahKini2
Guan Eng didakwa kes terowong, Isterinya Betty, Phang Li Koon Pengarah Excel Property pula kes AMLA

Kes LGE didakwa sudah dijangka. Begitu juga kes banglo rumah murah yang kini mendakwa Betty Chew Isteri Guan Eng dan rakan kongsi Phang Li Koon dalam Syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Bukti kepentingan amat jelas!

Semalam rakyat Malaysia meraikan Lim Guan Eng dengan ‘Super Ring’. Bekas Menteri Kewangan itu akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Rasuah Terowong: Guan Eng didakwa di Mahkamah 7,10, 11 Ogos]

Guan Eng, 59, bagaimanapun menjawab "tidak bersalah" dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, kira-kira jam 9.49 pagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP itu, hadir ke mahkamah ditemani bapanya, Lim Kit Siang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Suapan itu balasan sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, menawarkan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin terhadap tertuduh, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan tidak menganggu saksi pendakwaan dalam kes ini.

"Jika terdapat usaha menganggu saksi, maka pendakwaan memohon jaminan dibatalkan terhadap tertuduh.

"Dalam kes ini mahkamah perlu mengambil kira status tertuduh di dalam masyarakat," katanya.

Wan Shaharuddin, turut berhujah bahawa mengikut pertuduhan, Guan Eng sebagai Ketua Menteri sudah melanggar kepercayaan penduduk Pulau Pinang yang diberikan kepadanya.

"Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada Isnin ini. Sehubungan itu sekiranya ikat jamin tinggi diberikan hari ini, pihak pendakwaan tidak akan meminta lagi jaminan di Butterworth dan akan mengguna pakai jumlah jaminan di mahkamah hari ini," katanya.

Pihak pendakwaan turut memohon perintah daripada mahkamah supaya tertuduh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan subjudis membabitkan kes itu.

Bagaimanapun, Guan Eng dalam rayuannya menerusi peguam Gobind Singh Deo, membantah jaminan RM2 juta yang ditawarkan oleh pendakwaan dengan alasan sudah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan, walaupun diminta hadir oleh SPRM pada jam 10 malam.

"Pembelaan memohon jaminan RM500,000 diberikan tanpa sebarang syarat tambahan, memandangan jumlah ikat jamin adalah sangat besar, selain tertuduh tidak berisiko melarikan diri memandangkan beliau adalah Ahli Parlimen Bagan dan perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada penduduk kawasan itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin, pasport antarabangsa dan diplomatik diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya tertuduh tidak membuat sebarang komen subjudis membabitkan kes itu dan menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes.

Isteri Guan Eng Betty Chew dan Phang Li Koon ditahan SPRM

Sementara itu isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew yang juga bekas Ahli Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan Phang Li Koon turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan dengan syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth Selasa ini.

Chew yang hadir di ibu pejabat SPRM pada 10.45 pagi semalam ditemani peguam Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Lee berkata, beliau mengiringi anak guamnya ke SPRM pagi tadi untuk merekodkan kenyataan bagi membantu siasatan SPRM mengenai penglibatan beliau dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

“Siasatan ini berkaitan perunding perundangan yang beliau tawarkan kepada syarikat dan ia disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Pada tahun 2017 terdedah Betty Chew adalah rakan niaga kepada Phang Li Khoon penjual banglo rumah murah sebagai ahli Lembaga pengarah bersama syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

Atas dasar itu Betty Chew  dilantik PCCC sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah untuk menguasai projek hartanah di Pulau Pinang.


Phang Li Koon Pemilik banglo rakan perniagaan Betty Chew

Pelantikan Betty Chew sebagai Pengarah dalam Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd milik Phang Li Koon itu jelas ada 'Conflict of Interest' kerana suaminya ketika itu merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga  Exco Hal Ehwal Tanah yang juga terlibat dalam urusan pembelian banglo Phang Li Khoon meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd milik Phang Li Khoon. 

PDC di Pengerusikan LGE luluskan projek kepada Phang Li Koon rakan niaga Betty Chew isteri Lim Guan Eng

Pada tahun 2017, Lim Guan Eng telah dituduh dengan 2 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). 

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.

Bagaimanapun selepas PH berkuasa, Peguam Negara Tommy Thomas rakan baik Lim Guan Eng menggugurkan kes mereka pada 3 September 2018.

Kini Guan Eng, Phang Li Koon ditambah isterinya Betty Chew berentap di mahkamah.

 

6 Comments