Rasuah RM3.7 juta Bekas Setiausaha Sulit Mohammadin Ketapi ditahan SPRM
04:08 Aug 15, 2020  |  By SabahKini2
Rasuah RM3.7 juta Bekas Setiausaha Sulit Mohammadin Ketapi ditahan SPRM

Diburu sejak jun lalu Saiful bekas setiausaha sulit kanan menteri pelancongan selaku timbalan Wira Warisan Semporna akhirnya ditahan SPRM kerana projek RM89.1 juta. Beliau disiasat kerana rasuah RM3.7 juta. Apakah Mohammadin AMT Warisan akan ditahan SPRM?

Akhirnya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan Mohd Saifullah Mohd [email protected] Mohd Hisham bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan yang melarikan diri sejak 10 Jun lalu.

Dengan penangkapan bekas SUSK ini bermakna penahanan Datuk Mohammadin Ketapi bekas Menteri Pelancongan itu semakin hampir.

11 Jun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah Syarikat THE IO Movement Sdn Bhd bagi siasatan kes rasuah projek promosi pengiklanan kelolaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) ‘Request For Proposal : Global Advertising Agencies And Promotion For Tourism Malaysia’ dengan kos RM89.1 juta

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM? ]

Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM?

Pada 12 dan 18 Jun SPRM turut mengumumkan pencarian Mohd Saifullah bersama dengan tunangnya  Nurfadziana Abdul Kadir Kampung Silam Lamag, Peti Surat 60945, 91118 Lahad Datu, Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN-SPRM buru Nurfadziana tunang bekas Setiausaha Mohamaddin Ketapi projek RM89 juta ]

Tuntutan palsu syarikat kepada Bank RM7 juta

Siasatan mendapati pengarah syarikat ditahan SPRM turut mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan kewangan berjumlah lebih RM 7 juta daripada Bank Pembangunan menggunakan Surat Setuju Terima (SST) projek bagi tujuan pemberian komisen kepada Menteri, Ketua Pengarah Tourism, SUSK dan pegawai yang berkaitan.

Pengarah syarikat itu disiasat dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan dokumen palsu bagi projek bernilai RM89.1 juta.

Rasuah RM3.7 juta

Penahanan Saiful akan menjawab misteri dana rasuah RM3.7 juta diberikan syarikat THE IO Movement Sdn Bhd kepada Menteri dan pegawai Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

"Wang berkenaan dikaitkan dengan syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.

"Suspek ditahan selepas menyerah diri pada 5.44 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya," kata sumber itu.

Saiful akan disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk perintah tahanan reman.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri itu.

 

 

9 Comments