Jangan Ulangi Kesilapan Shafie Afdal, Nasihat Anifah Kepada KM Sarawak
12:10 Oct 19, 2020  |  By SabahKini2
Jangan Ulangi Kesilapan Shafie Afdal, Nasihat Anifah Kepada KM Sarawak

“Brother Jo, don’t repeat the same mistake committed by Brother Shafie, “Dari sahabat ke sahabat, kita ketepikan politik dan fokuskan kepada kebajikan dan kesihatan anak-anak Borneo kita

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Dato Seri Anifah Aman, menasihatkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, agar menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak disebabkan pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan ketika ini.

Menurut beliau, sudah tentu Perlembangaan Negeri (Sarawak) itu berdaulat dan luhur, dimana PRN Sarawak harus diadakan 60 hari sebelum Jun 2021. Masih ada tujuh (7) bulan dari sekarang. Tetapi keadaan Covid masih membimbangkan.

“Nasihat saya adalah simple,

“Brother Jo, don’t repeat the same mistake committed by Brother Shafie,

“Dari sahabat ke sahabat, kita ketepikan politik dan fokuskan kepada kebajikan dan kesihatan anak-anak Borneo kita,” kata Anifah dalam facebooknya sebentar tadi.

Jelas Anifah lagi, jikalau tidak diperlukan, tangguhkan PRN sehingga selama yang boleh, atau sampailah keadaan Covid terkawal dengan jayanya.

Apa yang membimbangkan beliau, kempen di kawasan pendalaman sukar dikawal, dan disebabkan Covid telah merebak di Sabah, ianyanya telah mendatangkan kesan politik yang buruk tehadap Shafie Afdal kerana membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Julai lepas.

“So, Brother Jo, let me repeat again as a friend, don’t repeat the same mistake like Sabah,

“ini adalah nasihat tanpa niat untuk campur tangan,” tegas Anifah.

Sebelum itu, Ketua Menteri Sarawak ketika berucap merasmikan Konvesyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pagi tadi, PRN Sarawak ke-12 tetap akan diadakan melihat kepada kebolehan Sarawak mengendalikan pandemik itu secara efektif ketika ini. Meskipun sedar negara kini berdepan dengan pandemik Covid-19.

Jelas beliau lagi, urusan pilihan raya adalah urusan dalaman dan tidak melibatkan campur tangan orang luar.Namun sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh meneruskan mandat, saya tidak kisah untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri,” tegasnya. – SuaraTV

7 Comments