Kerjasama semua pihak putuskan rantaian Covid-19 di Empat Daerah PKPD di Sabah - Najib Razak
18:10 Oct 21, 2020  |  By SabahKini2
Kerjasama semua pihak putuskan rantaian Covid-19 di Empat Daerah PKPD di Sabah - Najib Razak

Daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau melibatkan sekitar 950,000 penduduk adalah antara daerah terawal dilaksanakan PKPD (yang jauh lebih ketat berbanding PKPB di Selangor/KL dan daerah lain di Sabah) bermula 29 Sept. Hari 4 daerah ini masih tinggi

Empat daerah Sabah masih merekodkan jumlah kes yang tinggi hari ni biarpun ianya telah diletakkan dalam PKPD yang amat ketat sejak 29 Sep 2020.

Sebanyak 228 kes daripada 535 kes di Sabah dan 732 kes seluruh negara adalah dari 4 daerah ini.

Daerah Lahad Datu sahaja catat 115 kes hari ini.

Saya difahamkan bahawa ramai penduduk tanpa dokumen yang sudah lama duduk di sana akan larikan diri atau sorok apabila KKM datang membuat saringan. Mereka juga tak berani datang ke pusat kesihatan untuk minta saringan walaupun bergejala sebab bimbang mereka ditangkap dan dihantar balik.


Di Pulau-pulau Semporna mereka lari.

Ini adalah satu dilema kerana jika golongan ini tidak disaring, tidak dirawat atau dikawal, rantaian penularan Covid tidak dapat diputuskan.

Sebab itu, kerajaan dan pemimpin tempatan perlu beri jaminan kepada golongan ini bahawa mereka tidak akan ditangkap pada ketika ini jika mereka tampil untuk ujian saringan.

Dan kerajaan akan rawat mereka atas dasar kemanusiaan jika perlu dan dibebaskan setelah sembuh.

Pujuk mereka dan suruh mereka jangan takut.

Tugas KKM adalah untuk rawat dan cegah penyakit - bukan tangkap orang.

Pendekatan ini pernah diambil oleh kerajaan semasa kita mula melaksanakan PKP pada awal tahun ini.


Catatan Najib 20 Oktober 2020

Daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau melibatkan sekitar 950,000 penduduk adalah antara daerah terawal dilaksanakan PKPD (yang jauh lebih ketat berbanding PKPB di Selangor/KL dan daerah lain di Sabah) bermula 29 Sept.

PKPD ini dilanjutkan lagi untuk berakhir pada 26 Okt.

Hari ini sudah 20 Okt dan trend kes baru di 4 daerah ini tetap tinggi. Malah seperti semakin meningkat dan secara konsisten merupakan bahagian terbesar bagi semua kes baru direkodkan setiap hari bagi Malaysia.

20 Okt: 245 kes (hari ini)
19 Okt: 207 kes
18 Okt: 320 kes
17 Okt: 198 kes
16 Okt: 193 kes
15 Okt: 106 kes

Perlu ingat bahawa Covid menular semula di sini pada 28 Julai apabila dua orang PATI ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap Lahad Datu dan seterusnya ke penjara Tawau.

Lalu, ianya merebak ke masyarakat tempatan melalui pegawai penjara dan ahli-ahli keluarga.

Sejak 3 bulan yang lalu itu, jumlah kes Covid semakin meningkat sehingga hari ini.

Selain merupakan hotspot PATI dari negara jiran, empat daerah ini juga pernah terpengaruh oleh propaganda politik bahawa Covid di Sabah cuma wayang dan permainan kerajaan pusat.

Antara kenyataan pemimpin Warisan yang berkata Covid-19 adalah sandiwara

Lagi merumitkan keadaan ialah ahli-ahli parlimen serta ADUN-ADUN yang menang besar di sini seolah-olah sudah membisu selepas parti mereka kalah PRN Sabah.

Selagi rantaian Covid di sini tidak diputuskan, selagi PKPD tidak ditamatkan dan semakin susah kehidupan 950,000 penduduk di sini.

Ini dah hampir 3 bulan sejak Covid mula mengganas semula di sana.

Sebab itu, saya harap wakil-wakil Rakyat empat daerah ini lebih bersuara untuk memastikan semua penduduk di sini patuh SOP dan tidak lagi membenarkan PATI masuk dari negara-negara jiran yang kini telah mencecah 360,000 kes Covid.

Harap wakil-wakil Rakyat akan bekerjasama dengan kerajaan baru Sabah untuk memberitahu pemimpin tempatan serta penduduk di sana bahawa Covid bukan wayang dan mereka perlu faham keadaan sudah bertambah serius.

Kerajaan PN/BN Sabah juga perlu membantu wakil-wakil Rakyat tempatan untuk memastikan bantuan kewangan dan bekalan makanan kepada penduduk adalah mencukupi sebab ramai dari penduduk di sini adalah dari golongan B40.

Penduduk empat daerah ini sudah berada dalam PKPD yang amat ketat hampir sebulan. Besar kemungkinan akan dilanjutkan lagi pada 26 Okt memandangkan kes baru tetap tinggi.

Mereka tentu amat susah sekarang.

Jika tidak dibantu, mereka akan terpaksa melanggar PKPD untuk bekerja tak lama lagi walaupun keadaan Covid sana belum reda.

By Najib Razak

 

1 Comment