Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu!
05:10 Oct 29, 2020  |  By SabahKini2
Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu!

Sejak 2018 Shafie mahu mudahkan AirAsia termasuk mengambil alih Terminal 2 KK. Kononnya AirAsia mahu labur RM110 juta Terminal 2. Rupanya projek OurFarm e-dagang hanya alasan untuk 'sedut' RM300 juta wang SDB milik Kerajaan Negeri. AirAsia nazak tapi ...

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengaku telah meluluskan pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB) kepada AirAsia Berhad. Sehubungan itu Shafie bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Mohd Shafie pinjaman terbabit dibuat berdasarkan undang-undang dan semakan menyeluruh terhadap permohonan pinjaman itu dilakukan oleh SDB.

"Sebagai bekas Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, saya sedar tiada apa-apa yang tersembunyi atau disembunyikan di sebalik pinjaman itu kerana permohonan itu bukan dibuat dalam tempoh semalaman, Sebaliknya, SDB sudah melakukan siasatan dan pertimbangan terbaik serta menyeluruh, sebelum kelulusan diberikan.

"AirAsia Berhad syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia. Justeru, sebarang urusan transaksi bernilai RM300 juta sudah tentu kelulusan diberikan selepas semua syarat pinjaman dipatuhi oleh pemohon.

"Sebagai syarikat penerbangan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, AirAsia mempunyai pelan pembangunan yang memberi manfaat kepada Sabah dengan syarikat menyasarkan mencipta sebanyak 100,000 peluang pekerjaan di negeri ini.

"Syarikat penerbangan itu merancang untuk beberapa projek pembangunan di Kota Kinabalu. Antaranya stor simpanan hasil pertanian dikenali sebagai OurFarm selaras dengan sasaran mereka menjadi pengedar utama hasil pertanian dan perikanan yang dijual melalui e-dagang," katanya

Shafie berkata, perancangan kerajaan negeri sebelum ini bersama AirAsia banyak memberi manfaat kepada Sabah.

"AirAsia juga merancang membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai hab antarabangsa mereka.

Shafie berkata, perancangan bersama AirAsia juga tidak hanya memberi manfaat kepada sektor pertanian, malah juga sektor pelancongan.

"Dalam sektor pelancongan pula, sudah tentu kegemilangan Sabah sebagai pusat tumpuan pelancong akan kembali, sekiranya sasaran AirAsia menjadikan negeri ini sebagai hab antarabangsa menjadi realiti.

"Kita sedar sebelum COVID-19 melanda, ekonomi Sabah meningkat dengan pesat dalam sektor pelancongan dan rakyat menerima limpahan ekonomi yang tidak terbatas di semua peringkat, bukan sahaja di Kota Kinabalu tetapi melimpah sehingga ke Pantai Timur Sabah.

"Sebagai pentadbir negeri ketika itu, kita tidak boleh bergantung kepada satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines semata-mata. Sebaliknya peranan syarikat lain, terutama AirAsia juga tidak boleh diperkecil.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab memajukan ekonomi, kerjasama erat perlu dilakukan dengan AirAsia kerana jika perancangan mereka berjaya, rakyat Sabah sendiri akan menerima manfaat," katanya.

Itu adalah antara-alasan digunakan Shafie dan Kerajaan Warisan menghalalkan wang rakyat Sabah digunakan oleh Air Asia.

Hakikatnya jika benar Air Asia mahu membuat pelaburan kepada Negeri Sabah sepatutnya mereka mencari sumber kewangan lain membawa wang masuk ke negeri Sabah bukan memerah pinjaman wang kepada negeri Sabah dan menggunakan semula wang itu untuk operasi perniagaan mereka di Sabah.

Dan jika benar bukan rahsia mengapa sembunyikan fakta AirAsia sebenarnya meminjam wang SDB bukan alasan melabur menggunakan dana sendiri. Jika rakyat Sabah tahu pastinya penilaian awam dapat dilakukan.

Isu Air Asia, operasi Terminal 2 Kota Kinabalu atas alasan Pelancongan Sabah

Jika benar pinjaman Air Asia ini bagus untuk rakyat Sabah, Shafie dan Kerajaan Warisan sudah mendedahkan kelulusan wang ini sebelum PRN Negeri Sabah 26 September lalu. Rakyat Sabah pasti menghakimi keputusan ini namun ia disembunyikan dari pengetahuan rakyat sehingga terbongkar sekarang.

Jika rakyat Sabah mengikuti perkembangan AirAsia di Sabah mahu mengambil alih terminal 2 ia bukan isu baru.

AirAsia menamatkan operasinya di Terminal 2 berkuat kuasa 1 Dis, 2015, mengakhiri operasi syarikat penerbangan itu di terminal tersebut sejak 12 tahun lalu. Perpindahan ke Terminal 1 adalah atas arahan yang dibuat oleh menteri pengangkutan pada masa itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana kerajaan BN telah membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ratusan juta untuk lapangan terbang mempunyai kemudahan lengkap berbanding di Terminal 2.

Bagaimanapun BN Sabah tumbang 12 Mei 2018 akibat pembelian adun-adun BN oleh Warisan. Tidak lama kerana pada bulan julai AirAsia telah mengemukakan semula cadangannya untuk beroperasi di Terminal 2. 

Tony Fernandes akhirnya berjaya berjumpa dengan Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah seawal ogos 2018 dan memohon membenarkan AirAsia beroperasi semula di terminal 2. Berapa agaknya Tony membayar Shafie untuk projek terminal 2 ini?

[ARTIKEL BERKAITAN- Tony Air Asia bayar jutaan ringgit kepada Shafie kembali ke Terminal 2? ]

Tony Air Asia bayar jutaan ringgit kepada Shafie kembali ke Terminal 2?

Sekali lagi alasan Fernandes demi pelancongan dan seolah-olah membawa dana luar masuk ke Sabah dengan menyatakan rancangan AirAsia memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk membuka semula operasi di Terminal 2 bagi mencapai sasaran lima juta penumpang setahun serta mewujudkan kira-kira 30,000 pekerjaan bagi orang tempatan.

Atas alasan industri pelancongan Sabah, Tony Fernandes melakukan apa saja cara untuk memiliki Terminal 2 selain berjumpa Shafie Apdal juga Menteri Kewangan PH ketika itu Lim Guan Eng dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

 
Tony Fernandes melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Air Asia.  


Ketika Skandal Rasuah Air Asia- Airbus menjadi perbualan dunia Tony dan Anthony terus bersama.
Tony perlukan Terminal 2 untuk menyelamatkan operasinya. Beliau mahu ada airport sendiri jika mahu Air Asia bersaing dengan
pengendali penerbangan lain.

Pada 19 Oktober 2019 sekali lagi Tony Fernandes AirAsia bertemu Shafie Apdal kali ini dengan cadangan  membeli Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA2) untuk dijadikan terminal tambang murah. Shafie dalam pertemuan itu berjanji akan memudahkan permohonan AirAsia itu.



Industri penerbangan seluruh dunia yang sedang melingkup. Air Asia melabur? atau melebur wang Sabah?

Projek OurFarm dan E-dagang menyelamatkan Air Asia

Pengakuan Shafie Apdal Air Asia mahu merancang mahu membelanjakan sebanyak RM110 juta membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai hab antarabangsa mereka adalah bukti jelas Shafie mahu menyerahkan terminal 2 itu kepada AirAsia sebagaimana cadangan sebelum ini. Malangnya bukan duit Air Asia sendiri ya tetapi dengan wang Kerajaan Negeri Sabah.

Oleh itu Projek OurFarm  dan e-dagang adalah satu jalan keluar untuk meluluskan projek AirAsia. Bukan sahaja Terminal 2 dapat dikuasai tetapi wang Sabah Development Bank Berhad RM300 juta sekaligus dapat disedut untuk digunakan projek itu. Tiada pelabur dan bank mahu menyuntik dana kepada AirAsia  ditahap hutang sehingga RM66 bilion itu. Operasi penerbangan terhenti selain pembuangan pekerja sehingga 24,000 ribu orang sudah tentu meletakkan risiko kepada bank milik kerajaan negeri Sabah itu.

Bermula Mei sehingga Julai 2020 Shafie Apdal mengarahkan Datuk Junz Wong Bekas Menteri Pertanian Sabah menyusun segala perancangan Projek OurFarm sehinggalah pinjaman RM300 juta itu diluluskan. Lebih mengejutkan pinjaman itu digerakkan oleh kroni Shafie Apdal Datuk Ambrose Lee, iparnya Datuk Janice Lim dan CEO SDN Hassanel. Boleh baca artikel berikut;

[ARTIKEL BERKAITAN- 25 Oktober: Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 27 Oktober: Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan! ]


Jun 2020 dah lancarkan Projek OurFarm.. and... guna dana Sabah Development Bank





Siasatan SPRM ke atas pinjaman RM300 juta SDB

Selepas tular di laman sosial serta arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji barulah SPRM Sabah mengesahkan melancarkan siasatan terhadap pinjam RM300 juta itu. 

Bagaimanapun jika siasatan itu dibuat oleh Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy rasanya tidak akan ke mana. Rekod menunjukkan S. Karunanithy sahabat Shafie Apdal ini tidak akan berani melakukannya. Banyak kes di Sabah disiasat pun digerakkan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) Putrajaya. Jika mengharapkan S. Karunanithy kemungkinan besar di simpan di bawah karpet sangat tinggi. Siasatan kes RM1.5 bilion JKR malah kes penyelewengan bakul makanan oleh Warisan itu lenyap begitu saja. S. Karunanithy dilihat terlalu bias dan akrab dengan Shafie Apdal serta kerajaan Warisan. 

Datuk Seri Azam Baki KP SPRM mesti mengarahkan Bahagian Operasi Khas Putrajaya menyiasat kes ini. Jika SPRM negeri percayalah kes RM300 juta melibatkan Dato' Ambrose Lee, iparnya Datuk Janice Lim, Hassanel CEO SDB dan Junz Wong ini akan berkubur. 


Task force siasatan SPRM Sabah S. Karunanithy yang dia selalu sebut hilang tanpa jejak.
Sudah tiba masa Datuk Seri Azam Baki KP SPRM menggantikan Pengarah SPRM Sabah ini

11 Comments