Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129. Kenapa KP JSM bersekongkol bahayakan nyawa?
01:01 Jan 15, 2018  |  By SabahKini2
Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129. Kenapa KP JSM bersekongkol bahayakan nyawa?

Bagaimana syarikat yang tidak punya testing machine sebenar boleh mendapat MS ISO:2005/EN15129? Malah hanya 2 bulan diluluskan berbanding syarikat lain.

Tiada Testing Machine dapat sijil ISO

Kenyataan media KP JSM dirujuk begitu juga syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd yang jelas mencerminkan adanya unsur rasuah antara JSM dan Hercules. Pihak kami turut menyampaikan maklumat ini kepada pihak SPRM. Kita berharap SPRM menyiasat perkara ini.

Bagaimana syarikat yang tidak punya testing machine sebenar boleh mendapat MS ISO:2005/EN15129? Malah tidak ada penjelasan bagaimana tidak masuk akal JSM meluluskan pensijilan ini dalam masa 2 bulan kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Syarikat yang bertaraf dunia dan mengikut piawaian ISO17025/EN15129 pun mengambil masa bertahun dan mustahil 2 bulan sahaja diluluskan

Sudah terang lagi bersuluh! Dua siri pendedahan kami mahu syarikat Hercules membela diri mereka sendiri secara berfakta mengenai Testing Machine akan tetapi mereka mengeluarkan kenyataan di Facebook sebagai "fake news/palsu" Tiada bahasa paling tepat 'Kepala Otak kau Hercules'.

Kenyataan Penuh seperti berikut

 

Mana bukti Syarikat Hercules Engineering Sdn Bhd memiliki Testing Machine yang layak memiliki sijil itu? Testing Machine yang ada jelas tidak layak diberi sijil piawaian ISO17025/EN15129. Bukankah ini jelas satu penipuan oleh KP JSM dan pegawai standardidasi yang bersekongkol dengan syarikat Hercules?

Kami menyeru YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Ketua Setiausaha Kementeiran Datuk Seri Dr Mohd Azhar Hj Yahaya mengambil perhatian serta menarik balik sijil ISO serta membuat siasatan terhadap Ketua Pengarah JSM dan Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd.

Pegawai terlibat yang membuat assesment dan orang yang membuat "recommendation" ke atas kilang, lab dan machinery milik Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Pihak yang terlibat perlu dikenal pasti, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan

Baru-baru ini MR, LRT dan Monorel telah menerima persijilan ISO9001:2015 diiktoraf berkelas dunia namun tidak mahu MRT melantik atau memberikan kontrak kepada syarikat Hercules Engineering (SEA)Sdn Bhd yang ISO mereka meragukan hanya 2 bulan sahaja dan tidak mempunyai Testing Machine menepati piawai dalam negara ini. Jadi jangan bahayakan nyawa rakyat. Syarikat Hercules antara syarikat yang mendapat kontrak di MRT dan LRT. 

 

by

ABDUL RAHIM MAJID

 

30 Comments