Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat
03:02 Feb 23, 2021  |  By SabahKini2
Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat

Kes konsesi kroni Peter Anthony RM1.5b masih tertangguh siasatannya. Sekalipun kerja konsesi mereka di pelbagai zon gagal namun sebelum PRN Sabah dan sehingga kini masih dibayar. Dalang Pegawai JKR perakukan bayaran kini terbongkar! Mohon SPRM bertindak

Semakin kerap Warisan dan blog mereka mendedahkan tentang jalan di kampung atau daerah yang teruk semakin terdedah dan terbuka lagi keburukan kontraktor konsesi selenggara jalan JKR lantikan Datuk Peter Anthony Bekas Menteri JKR Warisan itu.

Warisan cuba menyalahkan Kerajaan GRS yang memerintah kurang 200 hari tetapi lupa konsesi lantikan RM1.5bilion itu sudah terikat selama 5 hingga 15 tahun melaksanakan kerja konsesi. Apa yang Menteri JKR Bung Moktar boleh lakukan ialah mengarahkan secara tegas JKR memantau kerja konsesi atau mungkin menahan bayaran konsesi.

Hakikatnya inilah bukti ketamakan konsesi kroni Peter Anthony seperti AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta). Kontrak konsesi menelan sekitar RM65 juta hingga RM100 juta setahun tetapi jalan haprak.

Terbaru Warisan cuba bermegah dengan laporan Harian Ekspress mendedahkan jalan teruk Kampung Tagibang di kawasan Tandek, Kota Marudu sambil menyalahkan wakil rakyat Kota Marudu. 

Konsesi Sinaran Mewah Sdn Bhd

Untuk rekod konsesi selenggara jalan Zon Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas dikendalikan oleh Syarikat Sinaran Mewah Sdn Bhd milik taikun rumah urut terkenal Michael Chin. Artikel mengenai konsesi Sinaran Mewah kroni Peter Anthony ini boleh dibaca;

[ARTIKEL BERKAITAN - Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk ]

 

 

 

[ARTIKEL BERKAITAN - Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!

Antara jalan selenggaraan di Kota Marudu

 

[ARTIKEL BERKAITAN - Taikun 'Rumah Urut' pemilik konsesi Sinaran Mewah gagal selenggara jalan Kg Loputung, Zon Tuaran!

Boleh lihat sendiri betapa buruknya kerja selenggara jalan mereka bernilai RM325 juta itu yang sedang ditularkan dalam laman sosial atau akhbar tempatan

Konsesi AK Kontraktor Sdn Bhd- Jalan Zon Sandakan, Beluran, Tongod dan Kinabatangan

AK Kontraktor Sdn Bhd merupakan konsesi Selenggara Jalan Zon Sandakan, Beluran, Tongod dan Kinabatangan. Baru-baru ini tular laluan Jalan Bintang Mas Kampung Manduring Beluran yang dikatakan sangat teruk menyebabkan khidmat anggota bomba dan penyelamat terpaksa digunakan untuk menjemput kanak-kanak sakit di Kampung Manduring. Warisan cuba menembak kerajaan GRS akhirnya tertembak kembali Datuk Peter Anthony.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk!]

[VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk!

Selain jalan Kg Manduring Beluran banyak lagi jalan selenggaraan yang teruk.

Syarikat  AK Kontraktor Sdn Bhd mempunyai kontrak konsesi RM 325 juta dalam 5 tahun atau RM65 juta setahun bagi 437.52 KM iaitu kira-kira RM148,564.64 perKM.Rakyat akan menilai sama ada berbaloi atau tidak kerja konsesi.  Syarikat ini modal berbayar RM1 juta milik Datuk Peter atas nama Safineh bin Doto kroni yang terlibat dalam skandal pembelian tanah ladang Tongod. Kes ini kini dakwa di mahkamah bawah AMLA dan pecah amanah melibatkan peguam Michael P Ubu.

 

Konsesi Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd- Jalan Zon Tawau, Lahad, Datu, Semporna dan Kunak

Kontrak konsesi Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd ialah RM500 juta dalam 5 tahun atau RM100 juta setahun. Syarikat modal berbayar RM750 ribu ini dikaitkan dengan VVIP Istana Negeri. Borneo Nabalu dimiliki taikun Tan Sri Joseph Lo @ Lo Tain Foh pemilik Azam Jaya dan Strawberry Club terkenal di Sabah.  Penama syarikat ialah Jesscia Lo @Lo Vun Che anaknya merupakan Pengarah Eksekutif di Azam Jaya Properties Sdn Bhd. Pembinaan Azam Jaya memonopoli semua projek pembinaan jalan, jejambat (Flyover) dan kini selenggaraan jalan.

 


[ARTIKEL BERKAITAN-‘Flyover’ Luyang Azam Jaya RM300 juta dibangga Peter Warisan retak, mana SPRM? ]

Rakyat boleh menilai jalan selenggara konsesi ini Jalan Zon Tawau, Lahad, Datu, Semporna dan Kunak

[ARTIKEL BERKAITAN- JKR Sabah terus bayar syarikat konsesi 'kroni' ratusan juta, Peter Anthony kutip hasil beli pemimpin GRS?

Konsesi AK Setiabina Sdn Bhd- Zon Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang, Kuala Penyu

Satu lagi konsesi selenggara jalan yang gagal milik kroni Peter Anthony ialah AK Setia Bina Sdn Bhd melaksanakan kerja selenggaraan di jalan Zon Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang, Kuala Penyu dengan kontrak RM400 juta.  Syarikat asalnya Darul Megah (M) Sdn Bhd diperbadankan pada 18 Jan 1989 dengan modal berbayar RM1,235,005 beralamat Lot 701, Section 66 Jalan Daya Bintawa Kuching Sarawak.

[ARTIKEL BERKAITAN- Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa? ]

Berikut merupakan antara gambar terbaru yang diambil dari tapak projek jalan selenggaraan konsesi AK Setiabina Sdn Bhd. Apakah berbaloi RM400 juta?

 

PERSOALANNYA: JIKA SELENGGARAAN JALAN KONSESI TERUK MENGAPA JKR SABAH BAYAR?

Disaat artikel ini ditulis sumber JKR memaklumkan semua konsesi ini sudah menghantar tuntutan bayaran kerja konsesi kononnya mereka telah melaksanakan kerja-kerja selenggaraan. 
 
Mengapa agaknya Menteri JKR tidak dapat menghalang atau menangguhkan bayaran konsesi ini?  Jawapannya RASUAH DIKALANGAN PEGAWAI JKR. Dikala siasatan SPRM kelihatan terhenti atau tertangguh pegawai JKR berleluasa menggunakan peraturan sedia ada untuk membuat bayaran kepada konsesi. 

Selagi pegawai atau Jurutera JKR Daerah memperakukan kerja konsesi selenggaraan di daerah maka selagi itu bayaran akan dapat dibuat sekalipun kerja selenggaraan tidak menepati piawaian yang ditetapkan. 
 
Kemudian ia disambut pula oleh pegawai JKR ibu pejabat iaitu dalam konteks JKR Sabah ialah Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemeliharaan Jalanraya.
 
 
Semakan menunjukkan Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabah bertanggungjawab ke atas perlindungan dan penjagaan semua jalan raya serta jambatan JKR yang berdaftar di Negeri Sabah untuk menjamin keselamatan pengangkutan barangan dan orang awam dengan efisien dan berterusan di seluruh negeri di samping pemeliharaan infrastruktur mengikut masa dan memadai, supaya keadaan berkenaan akan sentiasa dibuat penyenggaraan hampir dengan keadaan asalnya sejak pembinaan yang pertama atau pembaikan berikutnya.
 
Di atas kertas Piagam Pelanggan, Objektif dan fungsi cawangan sangat semporna. Namun secara realiti cawangan ini gagal menepati KPI yang ditetapkan. SPRM mesti menyiasat cawangan ini dan jurutera daerah kerana tidak sepadan dengan sasaran ditetapkan. Jalan selenggaraan rakyat teruk. Rakyat rugi tetapi tuntutan bayaran ratusan juta dibayar setiap tahun. Ini juga tidak sepadan dengan hasrat Pengarah JKR yang baharu Ir Ali Ahmad Hamid
 
 
Sangat bercanggah dengan realiti!. 
 
Akibat Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemeliharaan Jalanraya inilah Kerajaan Negeri membuang lebih RM500 juta wang rakyat akibat 'mark up' yang melampau. Jika dana konsesi ini dapat dipotong dan wang RM500 juta disalurkan kepada rakyat melalui projek pembangunan kampung adalah lebih baik termasuk projek pertanian rakyat.  Apatah lagi Di kala Covid-19 dan rakyat susah RM500 juta cukup banyak dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah. 

Sama ada SPRM masuk segera ke cawangan Pemeliharaan Jalanraya atau Pengarah JKR atas arahan Menteri menyemak semua bayaran yang tidak sepadan dengan kerja konsesi di lapangan. 
17 Comments