(VIDEO) Sumbangan Muhyiddin Yassin Sekolah Tanpa Elektrik di Beluran. Jom tengok!
16:01 Jan 22, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Sumbangan Muhyiddin Yassin Sekolah Tanpa Elektrik di Beluran. Jom tengok!

Muhyiddin Yassin Presiden PPBM perlu menjawab skandal Projek Solar Hibrid di Sekolah-sekolah di Sabah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan. Belanja beratus juta tapi gagal. Projek beri pada kroni.

 

TONTON VIDEO INI. KITA TANYA TAN SRI MUHYIDDIN YASIN BEKAS MENTERI PENDIDIKAN YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PPOJEK INI.
APA PERASAAN DIA BILA MURID-MURID DI SEKOLAH INI TANPA BEKALAN ELEKTRIK. 

Tan Sri Muhyiddin Yasin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia dikatakan akan melawat Sabah esok. Muhyiddin akan bertemu sekutunya Dato 'Seri Shafie Apdal Presiden Warisan. Ia dikatakan  bagi perbincangan pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat. 

Sempena lawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin bekas Menteri Pendidikan ini kita sajikan dengan satu Skandal kroni Tan Sri Muhyiddin Yasin Syarikat Bumisetia Power Sdn Bhd yang mendapat projek "Perjanjian Tambahan kepada Cadangan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid bagi Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah Fasa 2- Pakej 12- SK Jambongan Beluran"

Projek Solar Hibrid ini siap dibina 2013 bagaimanapun HANYA dapat digunakan SEBULAN SAHAJA. Menurut sumber pada tahun itu RM 700 juta peruntukan digunakan pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah yang masih belum menikmati bekalan elektrik termasuk di Sekolah SK Jambongan Beluran. Siapa kontraktor yang Muhyiddin beri?

Muhyiddin megah melaungkan memperjuangkan nasib rakyat tetapi cuba lihat kerja tangannya yang kenyang kontraktor tetapi rakyat di Beluran dan murid di SK Jambongan menerima padah.

Tonton video kedaifan sekolah yang terletak di Beluran Sabah ini sungguh mengecewakan penduduk serta Rakyat Malaysia terutamanya di Sabah. Dokumentari di Sekolah Kebangsaan Jambongan ini menceritakan segalanya. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan melihatkan apa yang telah dilakukan oleh Muhyiddin Yassin. Pemimpin seperti ini ke perlu dipilih? Rakyat Sabah perlu menolak parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin dan Dr Mahathir ini begitu juga Parti Warisan pimpinan Shafie Apdal sebagai agen Mahathir di Sabah.

Apa jawapan Muhyiddin Yassin? mahu tahu siapa yang monopoli projek Solar Hibrid di sekolah-sekolah seluruh negara? Pasti anda terkejut dia ialah Datuk Dr Rais Hussin yang sekarang adalah MPT PPBM orang kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin

31 Comments