Ketua Pengarah, Dua TNC UPM dikompaun RM16,000, Menteri dan KPPA wajar segerakan tindakan tatatertib!
04:05 May 29, 2021  |  By SabahKini2
Ketua Pengarah, Dua TNC UPM dikompaun RM16,000, Menteri dan KPPA wajar segerakan tindakan tatatertib!

RM16 ribu kompaun. KP Pengajian Tinggi dan dua TNC UPM masing-masing dikenakan denda RM2,000, HEP Penganjur RM10 ribu. Jangan jadi kayangan, Menteri dan KPPA perlu segera ambil tindakan tatatertib penjawat awam langgar SOP!

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) Prof Datuk Dr Husaini Omar dan dua TNC UPM masing-masing dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan mengingkar prosedur operasi standard (SOP) mengadakan jamuan raya di asrama pelajar di kampus itu baru-baru ini.

Dua orang TNC UPM itu ialah Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan TNC Akademik & Antarabangsa yang memangku tugas Naib Canselor dan Prof  Dr Arifin Abdu TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sebagai penganjur majlis kata Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed khamis lalu.

“Kita sudah selesaikan siasatan dan telah mengemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah menerima keputusan kompaun RM2,000 dikeluarkan ke atas mereka.

“Manakala penganjur program (HEP UPM) turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini kes berkenaan.

Jumlah keseluruhan denda ialah RM16,000.

Gigih melanggar SOP


Pelanggaran SOP oleh TNC HEP UPM bukanlah kali pertama kerana sebelum ini pada bulan April lalu menganjurkan program bengkel yang menyebabkan kluster covid-19 berlaku. Namun tiada tindakan diambil mengenai kes ini. Mungkin tiada adun mengenainya. Semua ini gara-gara demi merebut kerusi Naib Canselor UPM yang masih kosong selepas digantung kerana 'skandal awek'.


[ARTIKEL BERKAITAN : Demi jawatan Naib Canselor, Ketua Pengarah KPT, Dua TNC UPM sanggup dikompaun RM10,000]


Dalam satu kenyataan media 16 Mei lalu, Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, polis telah membuka kertas dan sedang menyiasat mengenai isu tular mengenai dakwaan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan mengadakan majlis hari raya.

Program tersebut telah diadakan di Kolej Kediaman ke 13 UPM pada 13 Mei lalu (Hari Raya Aidilfitri pertama) yang melibatkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan UPM.

Beranikah Menteri KPT dan KPPA mengambil tindakan terhadap KPPT?

Salah sudah terbukti. Kompaun sudah dikenakan. Persoalannya beranikah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi mengambil tindakan tatatertib kepada Ketua Pengarah 'kesayangannya' dan dua TNC UPM itu?

Beranikah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengambil tindakan terhadap Ketua Pengarah Pengajian Tinggi dan dua TNC itu kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Sama ada denda itu RM2000, RM10,000 faktanya jelas pegawai awam melanggar PKP boleh diambil tindakan tatatertib dibawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].


Semoga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman
tidak 'membakulsampahkan' kenyataannya sendiri


Atau ketiga-tiga penjawat awam ini adalah kategori kayangan tidak diambil tindakan tatatertib dan hanya penjawat awam rendah sahaja ambil tindakan?

Paling mudah ialah Ketua Pengarah Pengajian Tinggi dan  dua TNC UPM meletak jawatan segera. Ini sangat memalukan sebagai pemimpin universiti.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat pada 16 April tahun lalu mengesahkan penjawat awam dan pesara kerajaan yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal berdepan kemungkinan kehilangan segala keistimewaan dinikmati selama ini seperti perkhidmatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan.


Katanya tidak ada mana-mana individu boleh terlepas dari tindakan undang-undang, walaupun sedang berkhidmat atau bersara daripada perkhidmatan.

“Penjawat awam dan pesara perlu mengetahui bahawa kita semua tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang walaupun sedang atau sudah berkhidmat untuk negara dan kerajaan.

“Segala keistimewaan yang dinikmati seperti perkhimatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan mungkin akan ditarik balik sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang negara,” katanya

Oleh itu Menteri KPT, Lembaga Pengarah UPM (LPU) dan pengurusan UPM sudah boleh memproses tindakan tataterib ini.

Tidak begitu?

Kepimpinan melalui teladan. Jangan kerana mereka Ketua Pengarah Pengajian Tinggi 'Kesayangan' dan Timbalan Naib Canselor maka mereka kebal daripada undang-undang serta tindakan tatatertib.

Lagipun Noraini tidak perlu simpan geng kesayangan IKRAM atau budak-budak ' Saleh' di UPM dan KPT.

          [ARTIKEL BERKAITAN- Noraini Perlu Bersihkan KPT: Buang Pengkhianat IKRAM, ABIM, Geng PH di Universiti Awam]

Terdapat desas-desus Noraini Menteri KPT sejak menjadi menteri tidak berani membersihkan anasir IKRAM serta pendokong PH dalam KPT dan Universiti. Naib Canselor yang dulu dilantik Dr Maszlee masih menjadi Naib Canselor yang tidak pun menyokong usaha kerja Menteri Pengajian Tinggi. Cubaan Noraini membawa Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak bekas naib Canselor UUM sebagai Ketua Pengarah Pengajian Tinggi untuk membersihkan KPT juga nampaknya gagal apabila Mustafa meninggalkan jawatan KPPT dan mengambil tawaran gaji lebih besar sebagai Naib Canselor City University of Malaysia pada 18 januari lalu.

Noraini Perlu Bersihkan KPT: Buang Pengkhianat IKRAM, ABIM, Geng PH di Universiti Awam
Dr Mustafa hanya sebentar sebagai KPPT kini Prof Datuk Dr Husaini Omar sebagai KPPT tukang kipas menteri.

Kerja tak pandai. Sebab tu langgar SOP


Penasihat-penasihatnya dikatakan tidak berpengalaman dalam politik kampus sedang merosakkan Menteri Pengajian Tinggi itu. Ramai melihat Noraini gagal mengemudi kementerian itu.

Apapun Jabatan Netizen sedang memerhati tindakan Menteri dan juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Oleh itu bertindak jangan tunjukkan golongan kayangan dilindungi daripada undang-undang.

Warga UPM sedang menunggu.

14 Comments