Michael P.Ubu Hilang: Diculik atau dibunuh?
01:01 Jan 24, 2018  |  By SabahKini2
Michael P.Ubu Hilang: Diculik atau dibunuh?

Di mana Michael Persius Ubu pemilik firma guaman Michael P Ubu &Co? Beliau dilaporkan hilang. Apakah apakah ada kaitan dengan VIP kes RISDA? Sama-sama menanti

KOTA KINABALU – Seorang suspek penting dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah bernilai kira-kira RM155 juta dikatakan melarikan diri ke luar negara sebenarnya dilaporkan hilang sejak beberapa bulan lalu.

3 Januari lalu SPRM telah mengeluarkan notis 48 jam kepada Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan dan pemilik firma guaman Michael Persius Ubu, 61, yang mempunyai alamat terakhir di Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

Peter Anthony telah menyerah diri pada 5 Januari lalu dan direman 7 hari. Bagaimanapun sehingga kini Michael P. Ubu tidak dapat dikesan

Menurut sumber, Michael P Ubu merupakan suspek utama dan sangat penting kes ada kemungkinan diminta melarikan diri lebih awal bagi menutup kes kehilangan wang deposit RISDA RM15.5 juta itu.

Michael hilang dalam Pemburuan. Peter sebelum ini menghilangkan diri 2 bulan sebelum dia menyerah diri dalam tempoh 48 jam

Namun sumber juga memaklumkan Michael P Ubu juga mungkin hilang berdasarkan laporan keluarga terdekat dan kenalan rapatnya.  

Ada laporan mengatakan Michael P Ubu diculik dan mungkin dibunuh bagi menutup kes melibatkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Peter Anthony Naib Presiden.

Michael P Ubu adalah Naib Presiden pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) yang juga adalah peguam kepada Peter Anthony.

“Kami bimbang dengan nasib Michael Ubu kerana kami tidak dapat menghubungi beliau beberapa bulan yang lalu” kata keluarga terdekatnya yang tidak mahu namanya didedahkan.

“Kes ini melibatkan VIP dan jutawan kami bimbang keselamatan keluarga kami”. katanya

Satu laporan polis berhubung kehilangan Michael Ubu telah dibuat oleh keluarganya.

  

15 Comments