Ivermectin ubat anti-parasit haiwan perlu ujian klinikal merawat pesakit Covid-19
02:06 Jun 07, 2021  |  By SabahKini2
Ivermectin ubat anti-parasit haiwan perlu ujian klinikal merawat pesakit Covid-19

Setakat ini belum ada bukti yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk COVID-19 di mana FDA sendiri tidak meluluskan penggunaan Ivermectin dalam merawat atau mencegah COVID-19 pada manusia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sememangnya memahami kegusaran masyarakat dengan situasi penularan COVID-19 di negara kita sehingga mulai tersebar pula banyak khabar angin mengenai pelbagai jenis ubat yang dikatakan berkesan dalam merawat COVID-19.

Pelbagai testimoni juga tular di media sosial sehingga mengelirukan masyarakat. Hakikatnya rawatan ubat-ubatan yang berkesan untuk COVID-19 masih menjadi cabaran bukan sahaja di Malaysia, malahan negara-negara lain juga, termasuk negara maju.

Satu ujian klinikal iaitu Randomised Evaluation of COVID-19 Therapy (RECOVERY) menunjukkan sejenis ubat steroid iaitu dexamethasone dapat membantu mengurangkan kadar kematian jika diberi kepada pesakit pada tahap kritikal iaitu ketika memerlukan bantuan oksigen atau semasa memerlukan mesin pernafasan.

Namun begitu untuk pengurusan kes COVID-19 yang ringan dan sederhana, masih belum ada rawatan yang khusus, baik untuk mencegah penyakit daripada melarat atau pun untuk menghentikan penyebaran virus.

Malaysia menyertai kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu COVID-19 Solidarity Trial for COVID-19 Treatments (SOLIDARITY). Setakat ini kajian ini masih belum mendapat bukti yang konklusif penggunaan ubat-ubatan seperti remdesivir, hydroxychloroquine, interferon dan lopinavir bagi mengurangkan kematian.

Ramai yang mencadangkan penggunaan ubat Ivermectin. Ivermectin adalah ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan dan untuk merawat beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Bahasa paling mudah difahami oleh rakyat ialah Ivermectin digunakan untuk merawat jangkitan cacing dan kutu. IVM adalah murah dan boleh didapati dengan senang tetapi dalam Malaysia IVM hanya diluluskan kegunaannya untuk merawat cacing dalam binatang seperti anjing

Penggunaan "off-label" Ivermectin untuk COVID-19 mula mendapat perhatian global kerana terdapat beberapa kajian kes dan ujian klinikal yang menunjukkan keputusan yang baik. Namun, belum ada bukti yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk COVID-19 di mana FDA sendiri tidak meluluskan penggunaan Ivermectin dalam merawat atau mencegah COVID-19 pada manusia.

Perkara ini telah dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk ‘Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent COVID-19’ bertarikh 3 Mei 2021. WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan.

Begitu juga, European Medicines Agency (EMA) telah mengambil pendekatan yang sama iaitu belum mencadangkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 susulan tiada data klinikal yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk tersebut dalam merawat atau mencegah COVID-19 sebagaimana kandungan artikel yang bertajuk ‘EMA Advises Against Use of Ivermectin for the Prevention or Treatment of COVID-19 Outside Randomised Clinical Trials’ pada 22 Mac 2021.

Oleh itu, mengikut saranan yang sama, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM telah memulakan ujian klinikal (Randomised Control Trial) di 12 hospital KKM bagi mengkaji kesan penggunaan Ivermectin berbanding rawatan standard yang diberikan kepada 500 pesakit COVID-19 kategori 2 dan 3 yang berisiko tinggi dan berumur 50 tahun ke atas. Ianya bertujuan mengkaji keberkesanan Ivermectin dalam mencegah pesakit COVID-19 ini daripada menjadi lebih serius (kategori 4 dan 5) dan mengurangkan kematian.

Kajian ini telah diberi kelulusan oleh Jawatankuasa Kajian dan Etika (Medical Research and Ethics Committee - MREC), KKM pada 25 Mei 2021. Kajian telah bermula pada 31 Mei 2021 dan sehingga kini 8 pesakit telah didaftarkan terlibat dalam kajian ini.

17 Mei lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar tidak mengambil produk Ivermectin untuk tujuan rawatan dan pencegahan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata ia berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan mahupun pencegahan wabak itu.

Menurutnya Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.

Ia mengundang kemarahan kepada kumpulan tertentu yang mahu KKM membenarkan penggunakan Ivermectin termasuk golongan anti vaksin memanfaatkan naratif Ivermectin untuk menghasut rakyat mempercayai vaksin tidak perlu kerana ubat Ivecmectin terbukti menyembuhkan Covid-19. Oleh itu terdapat netizen pada 3 Jun lalu membuat laporan polis terhadap Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan dan Dr Adham Baba Menteri Kesihatan kononnya tidak mahu menerima Ivermectin.

 

Mampukah Ivermectin merawat Covid-19 pasti akan terjawab.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: Ministry of Health Malaysia starts Ivermectin trial for high risk COVID-19 patients (I-TECH Study) https://kpkesihatan.com/2021/06/05/ministry-of-health-malaysia-starts-ivermectin-trial-for-high-risk-covid-19-patients-i-tech-study/

MAKLUMAT MENGENAI IVERMECTIN BOLEH DIBACA MELALUI PENULISAN DR SUHAZELI ABDULLAH SEPERTI BERIKUT;

22.1.2021
https://www.facebook.com/1033106371/posts/10222060989167104/

12.3.2021. 
https://www.facebook.com/546572572048737/posts/3845065755532719/

6.4.2021.
https://www.facebook.com/1033106371/posts/10219704024124451/

11.4.2021
https://www.facebook.com/1033106371/posts/10222660429672742/

12.5.2021
Amaran dari FDA bahawa Ivermectin itu mempunyai kesan sampingan dan tidak dibenarkan penggunaannya.

https://www.facebook.com/1033106371/posts/10222860829482612/

24.5.2021
Komentar saya seorang doktor swasta yang kononnya sembuh dari COVID-19 selepas ambik ramuan sendiri termasuk ivermectin.
https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4069135246459101/

26.5.2021
Buat ramuan sendiri bukan bukti kukuh untuk diberikan kepada orang ramai.
https://www.facebook.com/1033106371/posts/10222949782746388/

Jawapan lain dari Pihak Berwibawa

3.5.2021
FDA tidak benarkan penggunaan IVM untuk merawat atau mencegah COVID-19:
https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/why-you-should-not-use-ivermectin-treat-or-prevent-covid-19

16.5.2021
KP Kesihatan, Tan Seri Dr Noor Hisham berkata: Tiada data klinikal yang kukuh. Ivermetin stakat ini diluluskan untuk veterinar. Terdapat kelulusan untuk dijalankan kajian klinikal oleh pengkaji tempatan tetapi bukan untuk kegunaan awam. Kita tunggu lah hasil kajian nanti.
https://kpkesihatan.com/2021/05/16/moh-response-to-claims-regarding-use-of-ivermectin-could-prevents-all-covid-19-deaths/

22.4.2021

BACA jurnal BMJ latest: https://ebm.bmj.com/content/early/2021/05/26/bmjebm-2021-111678.

Concluding, research related to ivermectin in COVID-19 has serious methodological limitations resulting in very low certainty of the evidence, and continues to grow. The use of ivermectin, among others repurposed drugs for prophylaxis or treatment for COVID-19, should be done based on trustable evidence, without conflicts of interest, with proven safety and efficacy in patient-consented, ethically approved, randomised clinical trials.

Berikut kenyataan Health Authority Australia..Badan yang terdiri dari pakar-pakar. https://www.health.gov.au/news/health-alerts/novel-coronavirus-2019-ncov-health-alert/covid-19-treatments

Ivermectin still insufficient data.

Bahkan doktor yang mengamalkan ubat yang tak diluluskan itu dalam siasatan pihak berkuasa.
https://www.theguardian.com/australia-news/2021/feb/22/melbourne-doctors-under-review-for-promoting-discredited-covid-treatment

 

 

1 Comment