1,066 kes COVID-19 tertinggi, Sabah umum polisi baru tangani peningkatan kes - Masidi
17:07 Jul 30, 2021  |  By SabahKini2
1,066 kes COVID-19 tertinggi, Sabah umum polisi baru tangani peningkatan kes - Masidi

Masidi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah menjelaskan, saringan kontak rapat merupakan penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes atau 60 peratus dengan Kota Kinabalu merekodkan jumlah saringan kontak rapat tertinggi iaitu 125 kes.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah akan mengumumkan polisi baharu dalam usaha menangani peningkatan kes COVID-19.

Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain memperhebatkan saringan besar-besaran, pihaknya juga akan meningkatkan pemberian vaksin kepada penduduk di Sabah.
 
"Saya telah mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pesuruhjaya Polis Sabah, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara selain bersetuju dengan satu hala tuju polisi baharu (menangani COVID-19).
"Polisi baharu itu akan diumumkan dalam waktu terdekat. Apa yang menjadi tumpuan kita adalah bukan hanya saringan besar-besaran tetapi juga meningkatkan pemberian vaksin," katanya 

Sabah hari ini merekodkan peningkatan 1,066 kes positif - angka tertinggi tahun ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah menjelaskan, saringan kontak rapat merupakan penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes atau 60 peratus dengan Kota Kinabalu merekodkan jumlah saringan kontak rapat tertinggi iaitu 125 kes.

Menerusi pecahan mengikut daerah pula, Kota Kinabalu menyumbang kepada jumlah tertinggi iaitu 206 kes; Tawau (171 kes); Beaufort (87 kes); Penampang (82 kes) dan Tuaran (79 kes).

Hanya tiga daerah yang tidak merekodkan penambahan kes iaitu Telupid, Nabawan.
20 Comments