Penyokong Warisan antara 335 warga Filipina dihantar pulang?
06:01 Jan 31, 2018  |  By SabahKini2
Penyokong Warisan antara 335 warga Filipina dihantar pulang?

Menurut sumber ada antara 335 tahanan warga Filipina diusir pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina, malam tadi adalah penyokong dan ahli parti Warisan.Benarkah?

SANDAKAN: Seramai 335 tahanan warga Filipina diusir pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina, malam tadi.

Daripada jumlah itu, seramai 172 orang adalah lelaki, 89 wanita, manakala 92 lagi kanak-kanak berusia antara lima bulan hingga 66 tahun.

Menurut sumber terdapat kalangan mereka yang ditahan adalah penyokong kuat parti Warisan yang didapati tidak mempunyai dokumen sah dan kad pengenalan palsu.

malah ada antara mereka yang sentiasa hadir program perhimpunan  Warisan termasuk ketika lawatan Shafie Apdal di Sandakan.

Ia menjadikan jumlah yang diusir pada bulan ini adalah seramai 697 orang.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia komitmen berterusan kerajaan dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Selain melaksanakan pengusiran PATI, katanya, kerajaan juga mengambil tindakan proaktif dalam usaha mengesan dan menangkap PATI dengan melancarkan pelbagai operasi bersepadu.

"Jumlah yang diusir termasuk yang pulang secara sukarela sejak 1990 adalah seramai 565,242 orang.

"Pada tahun lalu sehingga kini, jumlah yang diusir adalah seramai 12,670 orang," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Rodzi turut meminta kerjasama orang ramai agar tidak hanya meletakkan tanggungjawab membanteras kehadiran PATI kepada pihak kerajaan, sebaliknya membantu dengan menyalurkan maklumat mengenai kehadiran PATI kepada pihak berkuasa.

Lantaran itu di kawasan Esszone anggota RELA dipilih menjadi benteng barisan kedua untuk menyalur maklumat memandangkan terdapat warga tempatan dan asing membocorkan makluat kehadiran pihak berkuasa.

Beliau turut memberi amaran kepada majikan agar mengelak menggaji dan melindungi PATI kerana kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.

7 Comments