Polis nafi akaun palsu FB, IG: PDRM wajar siasat Meta dan hubungannya dengan PH
16:08 Aug 06, 2022  |  By SabahKini2
Polis nafi akaun palsu FB, IG: PDRM wajar siasat Meta dan hubungannya dengan PH

Mengapa Meta menuduh polis dibelakang akaun palsu FB dan IG? sedangkan beribu akaun palsu milik PH & pemimpinnya kekal aktif berbanding milik penyokong BN. Ketika PH kerajaan Nicole Tan Pengarah FB (Meta) beri kerjasama kepada DAP dan PH!

PDRM menafikan laporan dikeluarkan Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, yang mendakwa beberapa individu dikaitkan polis berada di sebalik rangkaian laman media sosial dan akaun yang cuba mempengaruhi orang ramai secara rahsia.

"PDRM memandang serius laporan pihak syarikat Meta Platforms Incorporated yang mendakwa terdapat akaun palsu di media sosial, yang mempunyai hubungan dengan PDRM.

"PDRM menafikan dakwaan tersebut dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya," maklum Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin pada satu kenyataan malam tadi.

Laporan Meta mendakwa telah membatalkan 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram. Meta berkata siasatannya mendapati akaun ini dikaitkan dengan pasukan polis Malaysia.

“Kami menemui rangkaian ini selepas menyemak maklumat tentang sebahagian kecil aktiviti ini yang pada mulanya disyaki berasal dari China oleh penyelidik di Universiti Clemson.

"Walaupun orang di belakangnya cuba menyembunyikan identiti dan penyelarasan mereka, siasatan kami menemui kaitan dengan Polis Diraja Malaysia.”

Meta dalam laporan Ancaman Musuh Suku Tahunan (Quarterly Adversarial Threat) yang dikeluarkan kelmarin mendakwa rangkaian akaun palsu ini menyiarkan hantaran dalam bahasa Melayu sebagai menyokong gabungan kerajaan semasa dan cuba menggambarkan pengkritiknya sebagai korup, selain mempromosikan pasukan polis.

“Biasanya, aktiviti pengeposan mereka bertambah pantas pada hari bekerja, mengambil rehat untuk makan tengah hari. Akaun palsu mereka agak kurang dibangunkan dan sebahagian daripada mereka menggunakan gambar profil yang dicuri.

"Sesetengah daripadanya telah dikesan dan dilumpuhkan oleh sistem automatik kami," dakwa syarikat itu lagi dalam laporan berkenaan.

Ini tuduhan yang berat kepada PDRM.

PDRM dan SKMM wajar menyiasat tuduhan Meta memandangkan banyak juga facebook dan ‘page’ yang dikendalikan oleh pembangkang tidak disekat oleh Meta.

PDRM wajar mendedahkan semua akaun palsu PH yang dilindungi oleh Meta bagi menyangkal dakwaan Meta.

Meta Facebook dan Pakatan Harapan

Semua pihak tahu hubungan Facebook (Meta) dengan Kerajaan PH. Nicole Tan Pengarah Facebook Malaysia merupakan penyokong PH.

Sejak zaman kerajaan PH Nicole siap bekerjasama untuk mempertahankan Kerajaan PH. Pejabatnya di Q Sentral2 siap dirasmikan oleh PM 7 Dr Mahathir bersama Menteri KKMM ketika itu Gobind Deo.

Arahan Dr Mahathir kepada Facebook sebelum ini

Nicole Tan Pengarah Meta (Facebook) Malaysia bawah Gobind Deo dan
PH sebelum ini. Kekal menyokong PH

Maka tidak hairanlah ketika itu Page TTKM, ThePatriots, SirAzri, Friends of.. dan banyak lagi halaman yang tidak sehaluan kerajaan PH dilaporkan  reach menurun, unpublished, dismonetization termasuk konten kutuk DAP dipadam secara senyap-senyap. Malah page Najib Razak bekas Perdana Menteri turut menjadi mangsa. Nak daftar page parti pun Facebook halang. 

Page suara  SuaraRakyat, OtaiBersih dan lain-lain lagi milik PH dibenarkan terus membuat fitnah oleh Facebook. Beribu akaun palsu, page Red Bean Army RBA) milik DAP, PH membuat fitnah tidak pernah disekat. 

 

Belanja iklan FB oleh DAP


Dalam pilihanraya negeri Melaka November 2021 portal Malaysianow melaporkan DAP membelanjakan jumlah wang iklan Facebook (FB) terbanyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh tujuh hari

Menurut Kuasa, berdasarkan data dari FB Ads antara 9 hingga 15 November, FB merekodkan kutipan bayaran iklan sebanyak RM150,000 di Melaka dan lebih RM60,000 daripadanya adalah daripada DAP menerusi dua halaman FB yang dimiliki (disclaimer) Democratic Action Party dan DAP Malaysia.

Data itu menunjukkan halaman page Democratic Action Party membelanjakan RM37,851 manakala “Rocket” (dalam tulisan mandarin) pula sebanyak RM23,896.

“Mudah untuk ketahui ini adalah perbelanjaan DAP memandangkan mereka membelanjakan peruntukan itu secara berpusat sekali gus menyimpulkan perbelanjaan iklan FB mereka secara menyeluruh,” kata Ketua Eksekutif Kuasa Praba Ganesan kepada MalaysiaNow.

Kemungkinan DAP dan PH berbelanja kepada FB lagi besar sejak PH menjadi kerajaan hingga kini.

Apa motif tuduhan Meta kepada PDRM?

Mengapa Meta menyerang PDRM? Apa motif? PDRM telah menafikannya. PDRM memandang serius tuduhan Meta Platforms Incorporated terdapat akaun palsu di media sosial yang dikaitan dengan PDRM.

PDRM dan SKMM wajar menyiasat Syarikat Meta dan hubungan mereka dengan Pakatan Harapan. Pastinya banyak kerja-kerja fitnah Meta dan PH bekerjasama tetapi ditutup oleh Meta.

 

10 Comments