Ketua Audit Negara balun JKR Sabah lagi, dulu selenggara jalan teruk kini urus cerun lembap! Apa sudah jadi?
16:12 Dec 04, 2022  |  By SabahKini2
Ketua Audit Negara balun JKR Sabah lagi, dulu selenggara jalan teruk kini urus cerun lembap! Apa sudah jadi?

2018 KAN tegur pengurusan selenggaraan jalan lembap di Sabah. Kini 2020 KAN tegur JKR Sabah lagi pengurusan cerun tidak cekap. Sistem Amaran Awal RM270 ribu tidak dimanfaatkan. Dari Pengarah, Timbalan dan 3 lagi KPP termasuk Ir Max Chong gagal!

Nampaknya isu Jalan JKR tidak pernah berhenti. Sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2, dikeluarkan membuktikan pengurusan penyelenggaraan jalan berturap di Sabah oleh konsesi atau kontraktor penyelenggaraan adalah kurang cekap dan tidak mencapai objektif penyelenggaraan jalan yang ditetapkan sepenuhnya.

Road Condition Index pada 2018, 55.3 peratus jalan berturap negeri berada di bawah skala 3 (sederhana) dan skala 4 (teruk) yang memerlukan penyelenggaraan berkala, manakala 4.5 peratus berada di bawah skala 5 (jalan tidak boleh disenggara) yang memerlukan kerja pembinaan semula.

Pengurusan penyelenggaraan jalan berturap Sabah adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri. Kelemahan ini adalah jelas dari pemantauan JKR serta kelemahan konsesi yang dilantik. Lebih teruk peruntukan penyelenggaraan tidak diberi secukupnya sedangkan penyelenggaraan dan pembaikan mempunyai kos yang tinggi.

Dua konsesi yang dilantik selenggara Jalan Persekutuan iaitu Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dan WKW Eramaju Sdn. Bhd 1000264-A gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Dua kontraktor kroni selenggara jalan persekutuan yang dikaitkan VVIP ini tidak mungkin dapat disingkirkan buat masa ini. 

 

 

JKR- Jalan PBT

Kemudian menyusul pula isu konsesi Jalan Majlis Daerah dan Perbandaran (MDP) yang dilantik secara rundingan terus RM1.5 bilion kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony yang juga tidak boleh ditamatkan kontrak hingga sekarang.

Kes ini pernah disiasat SPRM dan Peter Anthony juga pernah dipanggil SPRM namun sehingga kini kes ini masih tertangguh walaupun Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya sebelum ini mengambil alih kes. Nampaknya ‘kawtim’ menghalang kes ini dari diteruskan.

4 kroni utama Peter iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta) sebagaimana yang didedahkan sebelum ini selama 5 tahun dengan 'mark up' PerKM' yang melampau. 

Dalang Pegawai JKR Skandal RM1.5B Punca MOF Sabah ambil alih projek  selenggaraan jalan?

 

Punca dan dalangnya ialah kerana kelemahan dan ketirisan di Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya yang diketuai oleh Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX sebagai Ketua Penolong Pengarah yang menguruskan semua projek Senggaraan jalan di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang Pegawai JKR Skandal RM1.5B Punca MOF Sabah ambil alih projek selenggaraan jalan? ]

Jun 2021, isu Jalan Negeri di Kawasan PBT menjadi pertikaian antara MOF Sabah dan JKR Negeri.  Kerana kegagalan  JKR melaksanakan tugasnya MOF mahu mengambil semula tugas sebelum ini yang diuruskannya. Pertikaian itu membongkar pelbagai dokumen kononnya JKR melaksana atas Arahan SPRM 2016 wal hal ia hanya sekadar cadangan bukan arahan. Kes ini masih belum selesai kerana kontrak konsesi tidak boleh ditamatkan kerana tertaktuk kepada kesan perundangan yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri. 

Sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Negeri telah membuang RM154.5 juta kepada 4 konsesi itu. Walaupun terbukti kerja-kerja itu tidak dilaksanakan oleh kontraktor konsesi. Kerugian ini boleh dibaca di artikel di bawah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah]

Sabahkini2 telah mendedahkan 4 konsesi jalan kroni Peter Anthony Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Kontraktor Sdn Bhd, AK Setia Bina Sdn Bhd dan Sinaran Mewah Sdn Bhd telah dibantu oleh Ir Max Chong JKR mendapat bayaran hampir RM45 juta kurang sebulan selepas PRN Sabah. Pertukaran kerajaan menyebabkan konsesi dibayar segera selepas PRN dan berlarutan sehingga hujung tahun.

Kerajaan Negeri Sabah rugi kerana harga kontrak 'mark up' melampau, pembayaran kepada konsesi ratusan juta kepada jalan hantu atau 'Ghost Road' atau Jalan tidak wujud telah dibayar kepada konsesi.

Semua melibatkan 1755 jalan atau 2210 kilometer panjang jalan. Jalan tanpa nama ini ditemui dalam beberapa Majlis Perbandaran dan Daerah di 27 Daerah di Sabah. Paling banyak di kawasan Majlis Perbandaran Sandakan (450 jalan), Tawau (450 jalan), Beaufort (153 jalan), Lahad Datu (144 jalan). Selebihnya daerah-daerah lain seperti dalam rajah di bawah. Hanya 4 Daerah sahaja tidak mempunyai jalan hantu iaitu Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Putatan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni ]

Kini sudah terdapat ura-ura mahu melantik KPP Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya Ir Max Chong sebagai Timbalan Pengarah JKR. Rosak dan hancurlah JKR selepas ini. 

Percayalah segala masalah jalan raya Sabah yang teruk tidak akan selesai selagi Max Chong pegawai JKR Sabah yang lembap ini menguruskannya. Maka berbakul-bakullah lagi cacian kepada Kerajaan GRS-BN, Ketua Menteri Sabah dan Menteri JKR Sabah. Peruntukan ada tetapi kerja tidak dilaksana kemudian claim bayaran seolah-olah kerja dibuat. Tetapi hakikatnya rakyat nampak jalan seperti ke bulan. 

Rakyat akan terus marah dan menyalahkan kerajaan kerana sikap pegawai.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat marah jalan 'Sangat Teruk', Bung Moktar digesa buang Max Chong JKR selesai jalan Sabah ]

Ini belum masuk lagi isu penyelenggaraan jalan Projek Pan Borneo apabila kontraktor  gagal menyelenggara jalan ketika pembinaan Pan Borneo dibuat menyebabkan rakyat menggelarkan jalan seperti menuju ke bulan. Peruntukan selenggara jalan persekutuan diberi tetapi konsesi tidak melaksanakan. Maka tularlah pelbagai video penunggang motosikal terjatuh, kenderaan rosak dan kemalangan menyebabkan kematian. Lihat saja Projek Pan Borneo dua pakej dari Sipitang ke Beaufort digelar netizen sebagai ‘Jalan ke Neraka’. 

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat! ]

Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri baru Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib merombak SPRM pusat dan negeri Sabah kerana mereka gagal dan TIDUR!. Acah-acah-acah siasat namun selepas 'kawtim' mereka berhenti. 

Dengan keadaan sekarang siapa Menteri JKR Sabah termasuk Bung Moktar pun akan terus dimainkan oleh pegawai JKR Sabah. Pegawai JKR tak kisah siapa Menteri kerana mereka tahu mereka akan kekal di jabatan tetapi menteri bertukar ganti. BN, Warisan atau GRS-BN mana-mana kerajaan pun akan jadi mangsa kerana pegawai JKR Sabah yang sama.

Jadi tidak hairan mengapa Bung Moktar tidak membuang atau menukar Ir Max Chong dan pegawai-pegawai JKR lain kerana  kelicikan mereka bekerja. Cara mereka mengipas bos termasuk semua maklumat, pekeliling dan urusan kerja di tangan mereka. Pegawai seperti ini kemudian hari akan menjadi pedang untuk mengenakan Menteri selepas ketiadaan mereka di kementerian. Mereka ada bukti dan dokumentasi. Minit menteri, surat sokongan dan baucar bayaran.

JKR- Pengurusan cerun tidak cekap

Terbaru Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah mendedahkan Pengurusan Cerun Jalan Negeri dan Persekutuan di Sabah oleh Jabatan Kerja Raya Sabah sejak tahun 2018 hingga 2020 secara keseluruhannya tidak diurus dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif pengurusan cerun.

Pegawai JKR di zaman Kerajaan Warisan atau Kerajaan GRS-BN mereka nampaknya masih berada ditakuk lama. Mereka tidak pernah berubah. Siapa kerajaan pun sikap mereka menjejaskan rakyat. Belum termasuk sikap pegawai ‘kaki pau’ JKR Ir Max Chong seperti di atas.

Untuk Cawangan Cerun Sabah di ketuai oleh HAFEZ BIN SHABUDDIN Ketua Penolong Pengarah/Cerun. Cawangan yang diwujudkan tahun 2005 ini merupakan cawangan penting bagi membentuk polisi pengurusan dan keselamatan cerun, reka bentuk, pengawasan, penyelenggaraan cerun dan bahaya tanah runtuh.

 

Hafez ni hobinya mengumpul koleksi motosikal mewah. Rumah pula di Taman Austral Kota Kinabalu.
Jawatan KPP saja tapi kaya raya. Teknikal tender cerun mainannya. Siapa kontraktor dia nak beri dia dah susun
Pernah disiasat SPRM namun terlepas. Tapi macam biasa SPRM Sabah hanya suka 'kawtim'.

Jumlah peruntukan diterima JKR Sabah bagi pembaikan cerun tempoh 2018 hingga 2020 ialah RM292.41 juta iaitu RM73.78 juta daripada Kerajaan Negeri dan RM218.63 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Perbelanjaan sebenar JKR ialah RM230.59 juta.

 

Apa jadi pengurusan cerun? Menurut LKAN, pada tahun 2018 hingga 2020 sebanyak 65% hingga 85.3% daripada cerun yang disasarkan masih belum dibaiki atas alasan peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi bagi membiayai keperluan sebenar membaiki kerosakan cerun jalan.

Sejak tempoh itu pencapaian keberhasilan pengurusan cerun jalan Negeri dan Persekutuan tidak dapat disemak disebabkan kajian keberhasilan tidak dijalankan secara menyeluruh.


JKR Sabah tiada data cerun yang tepat. Projek cerun rentuh sejak 2006 pun mereka tak buat. Alasan 
Peruntukan tak cukup. Tapi duit beratus juta dibelanjakan.
Mungkin menunggu nyawa terkorban baru JKR bertindak

Laporan itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan projek. Pemeriksaan fizikal yang dijalankan di tapak projek mendapati kerosakan fizikal yang disebabkan tidak ada penyelenggaraan rutin selepas projek siap.

“Ini memberi kesan kepada kestabilan dan kekuatan cerun jalan sekiranya tindakan pembaikan dan penyelenggaraan tidak dilaksanakan.

“Sistem Amaran Awal (SAA) yang dipasang di lokasi cerun juga tidak dimanfaatkan,” kata laporan itu.

Jadi untuk apa sistem itu? kosmetik? Bayar sistem hampir RM300 ribu tak tidak dimanfaatkan.  Pegawai JKR memang semua gila.

 

Siapa punya projek sistem? belanja hampir RM300 ribu tapi semua tak digunakan..

Nampak tak sikap pegawai JKR? Apa Pengarah JKR Sabah tak pantau pegawainya? Ke dah kenyang hasil komisen sehingga lupa tanggungjawab kerja anak-anak buah.

Kalau nak tahu bagaimana merepeknya JKR. Boleh dengar video tembual kepimpinan utama JKR Sabah, Datuk Ir. Hj Ali Ahmad Bin Hamid Pengarah Kerja Raya Sabah, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Philemon Lajawai, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Cerun, Hafez Shabuddin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan & Pemantauan (Lebuhraya Pan Borneo) dan Mohd Shamsul Nizam Bin Abdul Wahid. Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan, Ir. Chong Kok Howe @ Max tidak kelihatan dalam video ini. Mereka banyak beri alasan tapi kerja tak capai KPI. Tak mahu selenggara tapi tunggu jalan siap.. Pandai 5 pegawai ini seru rakyat bersabar sehingga jalan siap. Isunya bila nak siap? keselamatan pengguna jalan raya, kerosakan kenderaan bagaimana? Lihat sendiri jalan Sipitang-Beaufort bukan duduk di pejabat!

Rakyat akhirnya marah kepada Kerajaan bukan 5 pegawai utama JKR Sabah ini.

 


Empat pegawai utama JKR Sabah. Sembang tapi kerja tak jalan

Laporan Penuh Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 mengenai Pengurusan Cerun Jalan Negeri dan Persekutuan oleh JKR Sabah boleh dibaca di sini.

 

55 Comments