Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid merupakan seorang yang gagal. Beliau sepatutnya mencari jalan baru untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah namun beliau memilih menggunakan alasan, Pelan Mitigasi catuan bekalan elektrik, Pelan Pembangunan Penjanaan Grid Sabah dan Majlis Tenaga Sabah (MTS) meluluskan projek dan konsesi tanpa penjelasan tepat kepada kepada kabinet Sabah.
Beliau menyembunyikan fakta sebenar menipu Ketua Menteri Sabah dan ahli Majlis Tenaga Sabah untuk meluluskan projek kepada kroni yang berjumpanya.
Surat bertarikh 24 Jun 2024 arahannya kepada Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar CEO Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) jelas menunjukkan sikap rakus CEO ini.
- Melanjutkan operasi set jana interim diesel 98 MW (dilanjut sehingga 31 Disember 2026) dan SLA Loji janakuasa Disel milik SESB 141 MW (sehingga 31 Disember 2027)
- melanjutkan operasi IPP (Independent Power Producer) yang menggunakan Medium Fuel Oil (MFO) Disel, iaitu Serudong Power Sdn. Bhd. (22 MW) dan Libaran Power Sdn. Bhd. (30 MW- dinaikkan 45 MW- rujuk ringkasan di bawah), sehingga 2027. [TELAH DIDEDAHKAN]
- Pemasangan Sistem Bateri Penyimpanan Tenaga (BESS) 100mW/400MW) – kontroversi kroni MSR GREEN ENERGY SDN BHD anak syarikat SEAL INCORPORATED BHD
Dua artikel Sabahkini2 menjelaskan skandal Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid CEO EcoS
ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Sabah digesa tamatkan CEO ECoS luluskan IPP Libaran milik besan Muhyiddin tanpa restu kabinet!
ARTIKEL BERKAITAN- IPP Serudong: CEO ECoS tipu Kerajaan Sabah, sambung konsesi 2 tahun bayar RM61.32 juta kepada Syarikat Kartel!
Beliau melaporkan polis artikel itu namun fakta didepan mata yang tidak boleh dinafikan beliau menyambung konsesi IPP Libaran usang milik besan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Stratavest Sdn. Bhd dengan kos RM85 juta setahun dan IPP Serudong yang kini milik kartel diesel Sabah dengan kos RM 61.32 juta setahun. Dua IPP tua dan usang kerajaan Sabah perlu bayar hampir RM150 juta setahun.
Dalam masa sama IPP Serudong milik Serudong Power Sdn Bhd yang rugi dan penuh hutang telah di ‘bailout’ oleh Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid CEO EcoS. IPP Serudong bukan milik Sabah Energy lagi.
Maka mengapa sambung? Apakah kerana pemilik syarikat Zirbad Resources Sdn Bhd merupakan kartel pembekal Diesel di Sabah?
‘Due Diligences’ apa dia maksudkan? Kerajaan Sabah perlu buang RM300 juta untuk dua tahun kepada IPP usang ini? SESB yang sepatutnya menyelesaikan masalah sejak 20 tahun lalu kini perlu menyambung lagi beberapa tahun dengan cadangan CEO ECos. Jika ini berlaku 100 tahun pun isu bekalan elektrik dikendalikan SESB tak akan selesai. Semua ini sebab apa? Sambung konsesi IPP maka bayar bahagian saya sebagai CEO ECoS!
Persoalan lain duit siapa RM300 juta ini nak bayar? Dulu TNB dan SESB dapat subsidi minyak diesel sekarang jika kerajaan negeri ambil alih siapa bayar?
PROJEK SET JANA INTERIM DIESEL 100 MW
Satu lagi projek pelik atas nama catuan bekalan elektrik ialah Projek Set Jana Interim Diesel (Genset Diesel) yang dimulakan sejak Disember 2023. Sebelum ini Suruhanjaya Tenaga (ST) membenarkan penyewaan Genset selama 6 bulan.
Namun selepas ECoS mengambil alih kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah mula 3 Januari 2024 nampaknya pada jun 2024 Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid CEO EcoS mencadangkan beri kelulusan selama 2 tahun. Bayangkan berapa kosnya?
Hampir RM300 juta untuk 6 bulan!
RINGKASAN PROJEK SET JANA INTERIM DIESEL 100 MW
Lihat pula kosnya selama 2 tahun lebih RM1 bilion. Jika sebelum ini kos dibayar oleh Suruhanjaya Tenaga namun selepas diambi alih ECoS siapa bayar? ECoS bukan ada wang pun. Maka Kerajaan Negeri akan menjadi mangsa. Kos sebesar itu baik kerajaan membina janakuasa sendiri bukan menyewa genset. Sepatutnya CEO ECoS beri penjelasan semua ini kepada kerajaan sebelum menyambung kontrak. Semua ini mesti dihentikan bagi mengelak kerajaan menyambung apa saja IPP yang telah melebihi 20 tahun. Kemudian menyewa lagi genset dengan kos tak masuk akal.
SIAPA SYARIKAT GENSET KRONI DILANTIK?
4 syarikat penyedia genset diesel yang menerima kontrak untuk 8 lokasi PPU (Pencawang Pembahagian Utama) di Sabah dan Labuan dalam projek penjanaan 100MW. Sekalipun jika kita fokus kepada perbincangan penyewaan genset di Sabah kosnya tetap beratus juta untuk 6 bulan.
SIAPA SYARIKAT-SYARIKAT INI?
PERTAMA: SIMEBEST CORPORATION SDN BHD - PPU LABUK SANDAKAN & SJ TAWAU
Siapa di belakang
KEDUA : DYNASYNERGY TECHNOLOGY SDN. BHD - PPU MOWTAS DAN PPU ULU SIBUGA
KETIGA : TURCOMP ENGINEERING SERVICES SDN. BHD - PPU SEGUNTOR SANDAKAN DAN PPU WARISAN LAHAD DATU
KEEMPAT : ANJUR EKAR SDN. BHD
Ada satu prsamaan yang jelas kepada semua syarikat yang disambung ini. Syarikat rugi dan mempunyai hutang yang banyak. Apakah ini satu usaha 'Bailout' CEO ECoS untuk menyelamatkan syarikat-syarikat ini?
Kos kontrak RM273 untuk 6 bulan dan disambung 2 tahun bayangkan lebih RM1 bilion kos ditanggung kerajaan negeri kepada syarkat kroni sewa genset sahaja!. Ini Dueligence CEO ECoS ke?
Sebab rakyat menggesa tamatkan saja kontrak Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid Ketua Pegawai Eksekutif ECoS itu.
Ini belum masuk kos projek Sistem Bateri Penyimpanan Tenaga (BESS) RM645 juta, loji janakuasa gas asli, loji biojisim, Solar (LLS) kepada 15 syarikat (cap ayam dan Malaya), Hidroelektrik dan bekalan daripada Sarawak Energy Bhd (SES). Kita akan bongkar satu persatu.
Ini juga belum termasuk rancangan CEO ECoS untuk penetapan tarif elektrik Rangka Kerja Incentive Based (IBR) bagi tempoh kawal selia kedua (Regulatory Period-RP2) menaikkan purata tarif asas sebanyak 15 % bermula tahun depan. CEO ECoS ni dah gila ke? dia cadangkan sesuatu yang boleh menjahanam kerajaan tetapi menguntungkan konsesi IPP kroni.