FAS beri bantuan dua kampung terjejas banjir
00:04 Apr 29, 2025  |  By SabahKini2
FAS beri bantuan dua kampung terjejas banjir

Pengerusi FAS, Darren Liew berkata, bantuan diberikan sebagai usaha membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan itu. Katanya, turut bersama dalam misi itu ialah Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah dan Lions Club Centennial.

BEAUFORT: Kampung Indulibai dan Kg. Jabang di Beaufort telah menerima bantuan daripada Pertubuhan Food Aid Sabah menerusi Program Sentuhan Kasih.

Pengerusi FAS, Darren Liew berkata, bantuan diberikan sebagai usaha membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan itu.

Katanya, turut bersama dalam misi itu ialah Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah dan Lions Club Centennial. 

Menurutnya, sebanyak 45 keluarga menerima sumbangan bakul makanan dalam misi itu. 

"Tidak ketinggalan, Ja Hua Bakery Sdn Bhd turut menyumbang roti bun sebagai tambahan kepada bantuan yang disalurkan, membawa sedikit kegembiraan kepada penduduk kampung.

"FAS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lam Research dan Geng Jom Buat Baik (GJBB) yang bertindak sebagai penaja utama misi ini," katanya.

Comment