Sumbangan bakul makanan raya diserahkan kepada golongan asnaf DUN Tandek
16:04 Apr 30, 2025  |  By SabahKini2
Sumbangan bakul makanan raya diserahkan kepada golongan asnaf DUN Tandek

Sumbangan disampaikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi meringankan beban golongan memerlukan dan menyemarakkan semangat perpaduan serta keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

KOTA MARUDU: Golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya sempena Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Tandek di sini.

Sumbangan disampaikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi meringankan beban golongan memerlukan dan menyemarakkan semangat perpaduan serta keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Hajiji diiringi Pembantu Menteri I Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Datuk Hendrus Anding.

Majlis turut dihadiri barisan kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kota Marudu serta pemimpin masyarakat setempat yang memeriahkan suasana sambutan Hari Raya bersama komuniti itu.

Program ini antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam mendekati rakyat secara langsung serta memastikan kebajikan golongan kurang berkemampuan sentiasa terbela, terutamanya dalam menyambut perayaan besar seperti Aidilfitri.

Comment