Hilang ketika tangkap ikan, lelaki dikhuatiri dibaham buaya
23:05 May 26, 2025  |  By SabahKini2
Hilang ketika tangkap ikan, lelaki dikhuatiri dibaham buaya

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.08 pagi.

KINABATANGAN: Seorang lelaki dipercayai hilang selepas dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai berhampiran Ladang Linddale, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Jufri Untung berusia 30 tahun, dikatakan diserang reptilia berkenaan ketika berada di kawasan sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.08 pagi.

“Seramai lima anggota bersama pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari BBP Kinabatangan dan tiba pada jam 7.22 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan menggunakan kaedah pencarian permukaan (surface searching) di kawasan sekitar tebing sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian masih diteruskan. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Comment