MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri
18:11 Nov 03, 2026  |  By SabahKini2
MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

MetMalaysia menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya memaklumkan, amaran berkenaan membabitkan seluruh Perlis dan Kedah.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di seluruh negara sehingga jam 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya memaklumkan, amaran berkenaan membabitkan seluruh Perlis dan Kedah.

Di Pulau Pinang, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk itu ialah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

Sementara itu, di Perak, kawasan terbabit meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim, Batang Padang, Larut Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah serta Bagan Datuk.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Kelantan, iaitu Kuala Krai, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.

Di Terengganu, kawasan yang dijangka terjejas ialah Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun, manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Klang.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran berkenaan membabitkan empat kawasan di Johor, iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Kluang.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Sri Aman, Sarikei, Betong, Mukah, Samarahan, Miri dan Kapit.

Sementara itu, di Sabah, kawasan terbabit ialah Ranau, Papar, Penampang, Tuaran, Kota Kinabalu, Tambunan, Membakut, Pensiangan, Keningau, Tawau dan Sandakan.

Comment