Kerajaan Sabah sokong peningkatan keupayaan perkhidmatan Kesihatan
16:11 Nov 05, 2026  |  By SabahKini2
Kerajaan Sabah sokong peningkatan keupayaan perkhidmatan Kesihatan

Hajiji berkata, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyokong usaha mempertingkat kemudahan serta keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus komited menyokong usaha meningkatkan kemudahan dan keupayaan perkhidmatan kesihatan negeri menerusi sumbangan komputer riba kepada Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), di sini, hari ini.

Sumbangan berkenaan diserahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kepada Pengarah HQE II, Dr Ferro Firdaus Ibrahim, di pejabat pengarah hospital itu.

Penyerahan sumbangan itu turut disaksikan ketua-ketua jabatan HQE II.

Hajiji berkata, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyokong usaha mempertingkat kemudahan serta keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi melancarkan urusan pentadbiran sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan hospital berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal I), Dr Parvin Rubon Arangulavan; Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal II), Dr Eva Candra Susanti Suhali dan Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan), Datin Shevena I Jumin Jeffrey.

Comment