Merusuh di KKIA serang Papagomo: 'Sultan Sulu' Akjan, dua anak didakwa
02:07 Jul 19, 2020  |  By SabahKini2
Merusuh di KKIA serang Papagomo: 'Sultan Sulu' Akjan, dua anak didakwa

Selepas 5 bulan insiden merusuh di KKIA menyerang 'Papagomo' akhirnya pendokong kuat Shafie Apdal 'Sultan Sulu' Akjan dan dua anak didakwa di mahkamah. Bagaimanapun pengikut Akjan pemegang IMM13, PATI melarikan diri selepas insiden itu.

KOTA KINABALU:  ‘Sultan Sulu’ Sabah  yang juga Presiden PERKIDA Sabah dan dua anaknya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana merusuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Januari lalu.

Bagaimanapun ‘Sultan Sulu’ Datu Mohd Akjan Ali Muhammad, Mahathir Mohd Akjan dan Mohd Ghazali Hanif Mohd Akjan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama dua rakan subahat yang masih bebas pada jam 7.45 malam, 19 Januari di hadapan Kaunter Malindo Air di KKIA.

[ARTIKEL BERKAITAN – (VIDEO)‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS!]

 

[VIDEO] ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS!

Mereka didakwa di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan boleh disebat.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Lim Swee Beng, memohon tarikh pengurusan kes dan mencadangkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin.

Peguam PJ Pereira yang mewakili Mohd Akjan, memohon ikat jamin ditetapkan pada RM500 dengan dua penjamin tempatan.

Pereira berkata Akjan adalah penduduk tempatan dengan alamat tetap di Sabah dan dia boleh dihubungi bila-bila masa dan dia juga adalah ahli perniagaan dikenali.

Peguam Farazwin Haxdy yang mewakili Mahathir dan Ghazali juga memohon ikat jamin lebih rendah kerana itu adalah dakwaan pertama mereka dan tidak pernah mempunyai sabitan dan kedua-duanya juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih di bawah jagaan bapa mereka, iaitu tertuduh pertama.

Beliau juga memohon penjamin sama dibenarkan.

Akjan dan dua anaknya dibebaskan dengan jaminan RM1,300 dengan dua penjamin setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Dilaporkan bahawa pada 19 Januari, satu kekecohan berlaku antara Wan Muhammad Azri Wan Deris, lebih dikenali sebagai Papagomo, dan sekumpulan lelaki di KKIA.

Kekecohan itu dirakam beberapa orang awam dan dimuat naik di media sosial.

22 Januari lalu Datu Akjan dan anak-anaknya dipanggil polis bagi siasatan kes merusuh itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 Geng 'Sulu' beri keterangan polis, siasatan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara ]

 

Bagaimanapun beberapa pihak yang terlibat bersama Datu Akjan dan anak-anaknya ialah pemegang IMM13 dan juga PTI seperti dalam gambar dan video yang tular tidak dapat dikesan.


Hilang dalam buruan: Rizal Pawaki Sulu melarikan diri ke Filipina?

Hasutan Warisan

Dilaporkan rusuhan Datu Akjan dan pengikutnya ada kaitan dengan  hasutan daripada pemimpin dan pejuang warisan sehari sebelum insiden itu berlaku sehingga kepada ugutan membunuh.

[ARTIKEL BERKAITAN- Hasutan Warisan Punca Geng 'Sultan Sulu' Serang Papagomo di KKIA? ]

Hasutan Warisan Punca Geng 'Sultan Sulu' Serang Papagomo di KKIA?
Papagomo dijadual berlepas ke Kuala Lumpur dikepung kumpulan itu yang tidak berpuas hati kerana Papagomo didakwa menghina Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beberapa lelaki dalam kumpulan itu dilihat memukul Papagomo kerana dikatakan mengoyak poster Shafie dan menggelarnya pengkhianat ketika kempen pilihan raya kecil Kimanis.

Portal Sabahkini2 pernah menyiarkan mengenai Datu Akjan Sultan Sulu ini apabila menyokong usaha Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan untuk memberikan kerakyatan kepada anak-anak tanpa negara. Ini termasuk menyokong pelaksanaan PSS kepada PTI di Sabah. 

Penyerang keganasan Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 membunuh anggota keselamatan di Sabah adalah keturunan Sultan Sulu ini.

ARTIKEL BERKAITAN DATU AKJAN SULTAN SULU BACA

'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara

NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

 

9 Comments