Engkar arahan Menteri, Zurinah KSU KeTSA kena ‘Pool’ ke JPA
07:04 Apr 25, 2022  |  By SabahKini2
Engkar arahan Menteri, Zurinah KSU KeTSA kena ‘Pool’ ke JPA

KSU-KSU kontroversi seperti Zam Zam KPDNHEP dipindahkan ke SUK Perlis, Ahmad Jailani KPLB ke SUK Pulau Pinang, Sallehhuddin Hassan (MAFI) ke TKSUK JPM dan ramai lagi. Terbaru Zurinah KSU KeTSA juga di ‘Pool’ ke JPA kerana perang dingin dengan Menteri...

Adalah perkara biasa jika Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian dipindahkan atau diletakkan ke  Jawatan Penempatan Khas (Pool) kerana sukar bekerja sama dengan Menteri di sesebuah kementerian.

Di zaman pemerintahan Pakatan Harapan 22 bulan pun ramai KSU dan ketua jabatan dipindahkan. Antara yang popular ialah kes Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian Industri Asas Tani dipindahkan ke Jawatan Pool di JPA akibat engkar arahan Menterinya Dato’ Seri Salahuddin Ayub berhubung projek tender Projek RM1.4B NAFAS ketika itu. Pemimpin Parti AMANAH berebut projek di NAFASss akhirnya KSU jadi mangsa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sebelum dipindahkan, KSU MOA Dato' Sallehuddin dedah projek NAFAS RM1.4B? ]

Sebelum dipindahkan, KSU MOA Dato' Sallehuddin dedah projek NAFAS RM1.4B?
Kisah KSU MAFI November 2019

Perpindahan KSU Kementerian sejajar dengan kuasa Menteri di bawah Akta Fungsi Menteri 1969 menentukan dasar di Kementerian mengikut caranya. Ramai beranggapan kuasa Kementerian adalah kuasa KSU namun terlupa Menterilah paling berkuasa sejajar dengan akta di atas.

Jika Penjawat Awam seperti KSU tidak boleh mendengar arahan Menteri, menteri boleh membuat keputusan menggantikan pegawai yang dia mahu.

Terdapat juga KSU-KSU yang kontroversi sejak Zaman PH dipindahkan ke negeri -negeri seperti Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad bekas KSU KPDNHEP ke  SUK Perlis dan Dato' Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus ke SUK Pulau Pinang. Paling bernasib ialah Datuk Isham Ishak bekas Ketua Setiausaha,Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) disiasat SPRM di MOTAC hanya dipindahkan ke Kementerian Pengangkutan. Sekali lagi kontroversi di MOT tetapi kekal sebagai KSU sehingga sekarang.

Turut bakal ditukar katanya Datuk Seri Asri bin Hamidin Ketua Setiausaha Perbendaharaan namun setakat ini masih kekal berkhidmat sebagai KSP. Kisah video rumah mewahnya tular dalam tahun 2021 masih masih hingga kini dan tidak menjejaskan pun kedudukannya sebagai KSP. 

Tahun ini KSU yang dianggap paling kanan dalam PTD iaitu Datuk Zurinah binti Pawanteh, KSU Kementerian Tenaga & Sumber Asli pernah bertugas di empat kementerian sebagai KSU kali ini tidak bernasib baik kerana dilaporkan di pindahkan ke  Jawatan Penempatan Khas JPA serta-merta.

Semuanya gara-gara Datuk Zurinah KSU yang banyak engkar arahan menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Ini belum lagi termasuk desus-desus cakap-cakap KSU di belakang Menteri yang sering mengkritik Menteri seperti isu-isu bekalan elektrik, perhutanan, hidupan liar, pasir dan lain-lain. Isu-isu ‘troll’ Menteri menambahkan perang antara KSU dan Menteri.

Tapi itulah KSU Zurinah siapa tidak kenal dia. ‘Iron Lady’, mulut becoknya dan ikut bukunya pasti tidak disenangi. Belum termasuk sikapnya memelihara kroninya berbanding kroni Menteri. Bagi Menteri atau pemimpin politik ia kerjasama yang sukar terutama mengurus isu-isu rakyat yang mendesak. Menteri perlukan KSU pemudah cara selagi mana ia mengikut peraturan kerajaan. 

Banyak projek-projek KeTSA bakal dilaksana segera termasuk projek tenaga di Sabah dan Sarawak yang sangat diperlukan rakyat. Jika kerjasama antara KSU dan Menteri tidak berjalan baik ia akan menyukarkan lagi semua pelaksanaan projek rakyat. 

Menurut sumber dalaman KeTSA sebelum ini terdapat perundingan antara orang kuat Takiyuddin dengan KSU Zurinah agar dia tidak dipindahkan ke kementerian lain namun nampaknya ia tidak berlaku. 

Zurinah akhirnya dilemparkan ke penempatan khas atau disejukbekukan ke JPA sehingga diberi jawatan sesuai. Bagi menteri-menteri sudah tentu mereka tidak ahu KSU bermasalah bertukar ke tempat mereka. Bagi PTD pula 'pool' dianggap satu penghinaan kepada PTD kanan. Arahan berkuatkuasa bulan ini!

 Agaknya siapa lagi KSU selepas sini yang mungkin kena 'pool'? atau dilemparkan ke negeri-negeri seolah-olah turun pangkat walaupun gred masih sama.

3 Comments