Skandal JKR RM1.5B kroni Peter Anthony telah didedah sejak Februari 2020. Kerajaan Sabah rugi ratusan juta kerana ketirisan. Tak buat kerja tetapi dibayar penuh. Serbu, siasat SPRM dalang pegawai JKR 'budak Peter' masih berkuasa.
Sabahkini2 adalah portal terawal mendedahkan skandal JKR RM1.5 bilion Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah (Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil) pada februari 2020 apabila Peter melantik 4 syarikat kroni miliknya melaksanakan projek selenggaraan jalan JKR. Siapa tidak kenal skandal melibatkan konsesi kroni Peter seperti AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta). BACA :-
Sehinggalah PRN Sabah September 2020 butiran dan semua pendedahan projek Skandal RM1.5B ini dibuat berterusan. Najib Razak juga menjadikan skandal RM1.5B sebagai bahan kempennya dalam PRN Sabah. Ugutan Datuk Peter Anthony untuk menyaman Sabahkini2 tidak pernah menghentikan pendedahan ini.
Sekalipun Kerajaan Warisan tumbang dan diambil alih oleh Kerajaan GRS pendedahan skandal JKR terus dibuat. Kulit bertukar tetapi isi dalam JKR masih dipenuhi Warisan. Namun apa kesudahannya? Apa hasil siasatan SPRM sehingga kini? sekalipun SPRM menyerbu JKR tetapi apa hasilnya? SPRM KELIHATANNYA SEDANG TIDUR!. Bahagian Operasi Khas SPRM yang menyiasat kes ini nampaknya masih sendu
Pelbagai aduan dibuat projek selenggaraan jalan di 'mark up' sehingga 40 kali ganda, konsesi tidak melaksanakan kerja tetapi 'claim' berjuta-juta sejak sebelum PRN lagi malah bukti-bukti bergambar telah ditunjukkan jalan yang sepatutnya diselenggara tetapi tidak dibuat. SPRM juga telah membuat lawatan.
[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk ]
UPKO pun tuai hasil bersama Warisan
Kenyanglah konsesi milik Peter Anthony. Bukan itu sahaja konsesi lain seperti Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dan WKW Eramaju Sdn. Bhd (1000264-A) yang dulunya dikaitkan dengan Tan Sri Musa Aman akhirnya diambil alih oleh Datuk Peter Anthony dan Warisan. Sekalipun Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2 misalnya jelas mendedahkan kegagalan syarikat itu melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi tidak diambil tindakan. Warisan tidak pernah menamatkan kontrak mereka.
Buktinya Syarikat Globinaco Sdn Bhd dibayar RM290 juta setahun dengan harga RM131,403 setiap perKM untuk 2206.94KM. Manakala WKW Eramaju Sdn. Bhd RM74,895.15 bagi setiap perKM.
Kerana Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemeliharaan Jalanraya
Sabahkini2 juga telah mendedahkan dalang disebalik semua projek selenggaraan ini ialah pegawai JKR ibu pejabat iaitu Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemeliharaan Jalanraya budak Datuk Peter Anthony yang sekarang mencatur semua projek selenggaraan JKR. Disiasat SPRM namun hingga kini dibiarkan terus merosakkan JKR. Tugasnya mudah bayar konsesi kroni milik Peter walau 'claim' melampau tetapi tidak melaksanakan kerja-kerja selenggaraan. Kini Max berjaya memecah belahkan Menteri GRS pula.
[ARTIKEL BERKAITAN - Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat ]
Sekitar April dan Mei 2021 dilaporkan MAX ada bertemu dengan Datuk Peter Anthony secara rahsia membincangkan projek JKR menunjukkan Datuk Peter masih memainkan peranan penting di JKR. Seorang lagi dalang memujuk MAX bersekongkol ialah Liew Kuat Keong Pengarah Sri Jutaya Sdn Bhd. Kontraktor ni zaman siapa jadi kerajaan terus hidup. Asalkan untung.
Kontroversi Bung Muktar dan Menteri Kewangan Sabah
Hari ini Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar secara terbuka Kementerian Kewangan Sabah yang dilaporkan menarik balik semua kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelia jalan raya di negeri itu. Katanya Kementerian Kewangan langsung tidak memiliki jurutera berbanding JKR.
“Saya selaku menteri di kementerian ini (kerja raya) kurang berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan Kementerian Kewangan berhubung penganugerahan kerja-kerja naik taraf jalan MCDC (Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah).
“Kerajaan telah membayar Pembinaan Kekal Mewah (PKM) RM2.6 bilion mulai 2002 hingga 2020, namun rekod menunjukkan dalam data MARRIS (Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia) keadaan jalan MCDC telah merosot dengan teruk sejak syarikat PKM dipilih sebagai syarikat konsesi penyelenggaraan untuk jalan MCDC,” katanya
Oleh itu JKR Sabah telah dilantik sebagai pengarah projek untuk mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan jalan MCDC dari 2017 hingga 2020 dan telah membuat peningkatan yang besar untuk menambahkan panjang penyelenggaraan jalan MCDC menjadi 8,165km dan bukannya 6,000km yang diminta oleh PKM pada 24 Mei 2021.
Kementerian Kewangan Sabah katanya mengeluarkan satu surat pada 28 atau 29 Mei menarik semua kuasa JKR dan memindahkan kepada kuasa di menteri kewangan untuk menyelia jalan raya ini.
Benarkah dakwaan Bung Muktar itu?
Sabahkini2 percaya punca kepada perkara ini adalah Pegawai JKR bernama Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX yang mengelirukan Menteri dan tidak memberikan butiran sebenar penyelenggaraan jalan ini. Benarkah kuasa JKR ditarik balik? Siapa puncanya? Bukan sedikit dana selenggaraan yang JKR cadangkan iaitu RM1.5B atau mungkin lebih tinggi lagi.
Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX sepatutnya menjelaskan kepada Menteri JKR punca kuasa peruntukan geran penyelenggaraan jalan yang dimaksudkan itu. Projek Penyelenggaraan adalah berbeza dengan dana Pembangunan yang diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya sekarang.
Dana untuk penyelenggaraan jalan negeri ini melalui peruntukan geran jalan negeri adalah termaktub bawah Artikel 109 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang diberikan kepada semua negeri. Dana tersebut berada di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan diletakkan di bawah badan amanah, dikendalikan kerajaan negeri.
Pihak yang memerlukan wang itu hendaklah memohon dan akan diberi geran berdasarkan formula yang ditentukan untuk mengukur panjang, lebar dan gred jalan yang akan diselenggarakan itu. Kuasa itu sebelum ini diuruskan oleh Jawatankuasa di Kementerian Kewangan Sabah diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian dan dianggotai oleh JKR, Peguam Negeri dan beberapa wakil dalam jawatankuasa itu.
Hanya pada tahun 2016 atas sebab-sebab tertentu terdapat aduan SPRM mengelak ketirisan maka SPRM menyarankan MOF Sabah menyerahkan pengawasan teknikal kejuruteraan kepada JKR Sabah kerana JKR Sabah adalah jabatan teknikal untuk menangani semua perkara teknikal di Wilayah Sabah ini mengikut Arahan Perbendaharan 182.1.
V. A.P 182.1: Rujukan Kepada Jabatan Teknik Semua Jabatan Bukan Teknik hendaklah mendapatkan perkhidmatan daripada Jabatan Teknik iaitu Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Pengairan dan Saliran bagi melaksanakan semua projek kerja tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Hari ini situasi sama juga berlaku sebagaimana saranan SPRM 2016 nampaknya skandal rasuah juga berlaku di JKR sehingga Projek selenggaraan jalan RM1.5 Bilion kepada 4 syarikat kroni Peter Anthony untung besar. Kerajaan rugi RM500 juta setahun kerana ketirisan Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya diketuai Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX itu.
Oleh itu Setiausaha Tetap MOF yang tertakluk kepada kuasa Menteri Kewangan Sabah boleh mengubah peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian hari ini. Dalam erti kata lain MOF boleh beri peluang kepada JKR atau agensi lain tetapi dalam masa sama MOF juga boleh mengambil alih semula jika merasakan dana awam dibelanja secara salah oleh Bahagian Pemeliharaan Jalanraya JKR.
Bukan engkar SPRM tetapi SPRM sendiri pun masih gagal menyiasat skandal RM1.5B walaupun terang-terang terdapat syarikat itu orang kanan Peter Anthony yang terlibat dengan skandal RISDA yang kini menjadi kes di mahkamah.
Pelantikan konsultan atau pun seperti di beberapa kementerian jika dulu projek pembangunan Kementerian diserah kepada JKR melaksanakannya namun hari ini terdapat Kementerian mempunyai Bahagian Pembangunan sendiri untuk melaksanakan projek pembangunan dengan meminjam pegawai daripada JKR yang diarah KSU Kementerian sendiri. Kementerian mempunyai struktur perjawatan sendiri seperti unit pengurusan projek, senibina, kejuruteraan awam dan struktur, elektrik dan mekanikal, ukur tanah, selenggaraan dan lain-lain lagi.
Maka tiada isu pun, MOF juga boleh meminta JKR sebagai Jabatan Teknik meneruskan pemantauan selenggaraan jalan namun kuasa kewangan dan pelantikan kontraktor atau konsesi tidak lagi dibuat oleh Kementerian JKR tetapi MOF bagi mengelak ketirisan teruk sebagaimana dilakukan oleh Cawangan Pemeliharaan Jalanraya.
MAX menunjukkan mereka berjaya bekerja kejar KPI wal hal dia menyedut dana JKR. Maklumat diberi MAX kepada Menteri JKR berhubung kerja-kerja penyelenggaraan jalan MCDC dari 2017 hingga 2020 bahawa usaha mereka telah membuat peningkatan yang besar untuk menambahkan panjang penyelenggaraan jalan MCDC menjadi 8,165km dan bukannya 6,000km yang diminta oleh Pembinaan Kekal Mewah (PKM) pada 24 Mei 2021.
Tetapi isunya bukan mengenai panjang penyelenggaraan jalan MCDC tetapi ketirisan projek skandal RM1.5B sebelum ini mengaut keuntungan tinggi oleh konsesi kroni Peter. Benarkah hanya Pembinaan Kekal Mewah (PKM) sahaja menyelenggara jalan sekarang? Sedangkan konsesi lain seperti Globanico kontrak RM300 juta dengan kos RM135 ribu perKM pun MAX tidak pula dikecohkan?
Mengapa? Sebab MAX mahu melindungi Peter Anthony yang kini dah menguasai Globanico dan WKW Eramaju Sdn. Bhd.
Cuba lihat peruntukan di bawah MARRIS ini. Lihat sendiri bukan hanya PKM tetapi konsesi lain dan juga agensi JKR.
Perangai pegawai JKR seperti Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX mereka memang pakar memindahkan dan menyembunyikan dana-dana selenggaraan ini. Mereka meletakkan dana anggaran yang tinggi kepada satu konsesi atau jabatan tetapi memindahkannya kemudian. Jika Menteri JKR bertanya, mereka kata tiada bajet Datuk Seri. Pegawai JKR juga bijak, mereka tidak akan memaklumkan Menteri JKR semua dana ada sebab kuasa kewangan bawah percaturan pegawai bukan Menteri. Lihat jadual di atas Globanico RM300 juta kamu rasa dia dapat menghabiskan semua dananya? Lihat dana diagihkan kepada JKR seperti di atas bukan sedikit tetapi RM120 juta hingga RM150 juta.
Apabila pegawai JKR boleh memanipulasi semua ini termasuk tuntutan bayaran kontraktor akhirnya siapa rugi? Kerajaan dan rakyat rugi. Netizen boleh lihat laporan dan gambar-gambar kerja konsesi yang diuruskan oleh MAX ini. Berbaloikan dengan nilai kontrak beratus juta.
[ARTIKEL BERKAITAN - Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!
[ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk!
[ARTIKEL BERKAITAN - Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk
[ARTIKEL BERKAITAN -'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa?
[ARTIKEL BERKAITAN - SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’ Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!
Kerja Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX mudah iaitu menghasut Pengarah dan Menteri JKR memaklumkan kuasa kewangan selenggaraan jalan mereka hilang dan perlu mengambil semula, tunjukkan kononnya satu konsesi sahaja bersalah dan monopoli tetapi sebenarnya diam-diam menyembunyikan dana ratusan juta lagi daripada pengetahuan Menteri JKR. Wal hal proses itu sejak januari sejak notis penamatan JKR sedia maklum mengenainya.
Akhirnya MAX berjaya mencipta pergaduhan antara Menteri-menteri GRS. Sabahkini2 telah mengingatkan Kerajaan GRS perlu membuang pegawai yang taat kepada Shafie, Peter Anthony dan Warisan tetapi tidak percaya. Kerana mereka berpura-pura boleh dengar cakap sahaja mereka dikekalkan.
4 Konsesi RM1.5 bilion kroni Peter DITAMATKAN kontrak
Tidak ramai yang tahu bahawa 4 konsesi lantikan Peter Anthony Warisan iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd, Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Setia Bina Sdn Bhd dan Sinaran Mewah telah ditamatkan kontrak. Notis penamatannya telah dimulakan sejak 7 Januari 2021 melalui surat rujukan HQ.7(2020 (5)/ sehinggalah penamatan penuhnya pada 28 April 2021 rujukan KEW (S) 100-15/1/1Kit 3.6.
Kronologi projek konsesi RM1.5 bilion ini boleh dilihat seperti berikut;
Dari Januari- Mac- April 2021. Bermakna JKR sudah bersiap sedia tahu kesan skandal RM1.5B ini jika ditamatkan.
Siasatan, serbuan SPRM malah 300,000 gambar dihantar kelemahan konsesi JKR tidak membuat kerja
tetapi 'claim' melampau dengan harga yang mahal.Wajarlah ditamat kontrak
Sejak Datuk Peter Anthony sebagai Menteri JKR kerjanya mudah beliau menamatkan kontraktor konsesi air, jalan dan bermacam-macam lagi sehingga mencetuskan masalah tuntutan undang-undang. Belum Sampai 2 tahun berkuasa tuntutan di mahkamah saja kepada Kerajaan Warisan saja ketika itu melebihi RM1.5 bilion.
Kerajaan GRS juga akan berhadapan tuntutan undang-undang jika sesuatu penamatan kontrak itu dilihat tidak adil oleh syarikat konsesi. Ini hakikat yang perlu dihadapi. Jika kerajaan GRS tidak berhati-hati mereka akan berhadapan isu yang sama sebagaimana kerajaan Warisan.
Kerajaan GRS mahu menjimatkan wang, ketirisan beratus juta, skandal rasuah pegawai JKR dalam konsesi tetapi selepas penamatan 4 konsesi JKR Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX dan bos JKR muncul bersama idea baharu dengan membawa pula konsesi yang dikaitkan Peter Anthony, Liew Kuat Keong jutaya dengan kos sama RM1.5 bilion bukan mengurangkan kos lagi tetapi memberi kos berganda kepada kerajaan GRS. Belum termasuk kos saman daripada konsesi.
Begitu banyak ke wang Kerajaan GRS? Tentulah GRS tidak akan mampu lagi mengulangi kos tinggi yang sama.
Oleh itu langkah Kementerian Kewangan Sabah mengambil alih semula projek selenggaraan daripada JKR akibat kecuaian Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR diketuai Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX adalah sangat wajar. Soal bagaimana pelaksanaan projek selenggaraan Jalan menggunakan dana MARRIS ini biarlah diputuskan oleh jawatankuasa diketuai SUT itu kemudian. Sama ada terus menggunakan JKR sebagai jabatan teknikal atau pelantikan konsultan. Ya MOF Sabah tiada jurutera tapi MOF memegang kuasa peruntukan. Peruntukan merugikan rakyat dengan ketirisan yang tinggi wajar dihentikan.
Cara terbaik Menteri JKR dan Menteri Kewangan Sabah duduk semeja menyelesaikan masalah bersama. Perang media secara terbuka tidak menguntungkan. Paling penting jangan terpedaya dengan helah budak Peter Anthony bernama Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR ini.
Semoga SPRM yang tidur bangun semula menyelesaikan kes skandal RM.15B sebelum itu. Apapun mari utamakan Negeri sama-sama mengatasi Covid-19 di Negeri Sabah.